Jumaat, 11 Disember 2009
LAMA TAK MENULIS
lama sungguh aku tak menulis di blog ni....
lepas ni entah bila la nak tulis ..
aku dah takde internet kat rumah...susah la sikit nak menulis ...
lepas ni mugkin update blog ni pun mesti citer yang bosan2 jer nak tulis...
dah takde masa untuk menukil coretan-coretan dalam kehidupan....
sekarang ni dah bergembira sebab kerje dah selesai.....tunggu keputusan untuk mengesahkan tamatnyer sarjana muda aku...
sekarang bermula la langkah untuk mencari kerja ......atau membuat kerja ......alam yang aku tunggu-tunggu selama ini...kerje yang tetap dalam menempuh kehidupan....yang penuh cabaran..
harapan untuk kehidupan ini lebih seronok....dah penuh nikmat..hahahahaa..
kita merancang tetapi semua itu ketentuaan ilahi...
aku berdoa agar di mudahkan perjalananan hidup......untuk merasa nikmat dunia yang hanya sementara....Allah lebih mengerti Hamba mu ini....
Khamis, 5 November 2009
hampir sampai penghujung....
tetapi adakah cukup dengan ucapan sahaja ....bersyukur sangat sebab dalm keperitan ada kemanisan.....setelah hampir 6 tahun aku berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah hampir tercapai....insyAllah jika tiada apa yang menghalang dan dengan izin Allah aku bakal menamatkan pengajian ini.Gembira rasa hati tetapi apa yang bakal aku tempuhi selepas ini hanya Allah lebih mengatahui..
Aku berharap di permudahkan perjalanan ku dalam menempuh alam yang baru ini..situasi yang aku tunggu-tunggu ini mugkin berbeza dari segalanya ...pasti Allah lebih mengatahui tahap hamba mu yang lemah ini.....
Berkat dorongan ibu ayah dah adik beradik...serta rakan-rakan yang bnyak membantu...terima kasih...tak terhingga...tanpa anda semua aku mugkin tak sampai tahap begini.....
Selasa, 20 Oktober 2009
10 Nasihat Untuk Orang Bercinta
Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.
5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.
From IluvIslam
Selasa, 6 Oktober 2009
Al Quran Adalah Pedoman +Petunjuk+ Rahmat (Pelik Tapi Kebenaran)
Rasullullah telah berpesan dengan Hadith baginda ( Ku tinggalkan kepada mu dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah ,berpeganglah kamu kepadanya semoga kamu tidak akn sesast selamanya). Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berselang sehari setelah kejadian, yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.
“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur’an!” . Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat ayat Allah Swt tersebut:
17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”
17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”
8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”
Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya.
Ahad, 27 September 2009
stress= macam nak gila
Assalamulaikum ..dah lama tak menulis di blog ni....sibuk je....aku bila tekanan macam ni la....nak menulis jer..entah ape aku nak tulis tak tau la....rasa nak tulis yang aku tengah tension .....final project tak dapat keputusan lagi bahan kajian ...ish-ish...ape nak jd aku ni.....rasa dah terlampau tertekan dengan kehidupan ni...rasa nak gila tak ler...tapi rasa nak mengamuk ada la..huhuhu..ape la nak jadi ni...seminggu dah beraya ...memang aku beraya sungguh menyesal bawa balik research yang aku buat tak sentuh pun ....bawa balik buat berat je la.......kenapa la jadi mcm ni.....ni lah kehidupan kena pandai kawal tekanan ...ni baru tekanan buat final project belum lagi tekanan yang lain yang memeningkan kepala aku....ape nak jadi jadila ...janji aku sudah kan ape yang aku dapat......hidup mesti de cabaran ..baru mencabar....balik raya tahun ni....rasa tekanan gak tengok kawan dah kerja ...sepupu dah pakai kereta,......cemburu beb aku dah bertahun belajar tak pakai lagi....pakai motor buruk jer la....huhuhu...hidup .hidup...itulah asam garam kehidupan....kalau tak tak best ler..kehidupan kau....baru de turun naik sikit..huhuhu.....
Lagi aku nak tulis ape....aku pun tak tau la...ape yang patut aku tulis sebab tak rancang nak tulis ape.....
Rabu, 26 Ogos 2009
JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”
Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……
Begitulah juga……
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……
Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……
Begitulah juga……
Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……
Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……
Begitulah juga……
Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……
Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !
“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”
__,_._,___
Khamis, 20 Ogos 2009
Salam Ramadhan
Langkah bagai meniti buih
Tak bisa menjanjikan
Antara kebahagia dan kedukaan
Terselit di kalbu
Begitulah antara dua jiwa
Nafas dan udara adalah jodoh
Antara kita tersua
Dan akhirnya...
Itulah cinta kita
Adam dan Hawa
Namun kita ada kekurangan
Kau dan aku
Telah ditakdirkan
Terpaksa meleraikan pautan
Walau pun payah
Inilah realiti kita
Jumaat, 14 Ogos 2009
Selamat Hari Jadi untuk Emak Tersayang
Terima kasih emak.....aku bersyukur di emak yang sangat memahami aku....macam kerenah aku..dia sabar je....sungguh bertuah aku......dari kecil sampai ler sekarang dia lah tempat aku menceritakan segalanya...ibu kaulah ratu hatiku....tanpa mu aku tak melihat alam fana ini.....tak terbalas jasamu .....aku mengharap agar engkau sihat dah sejahtera selalu....amin
Rabu, 12 Ogos 2009
Influenza (Dugaan Allah)
Erm entah la...semakin hari semakin risau aku di buatnya kes macam ni.....ari 2 aku g ceramah Prof Dr Harun Din kat masjid negeri.....macam-macam beliau kupas kan tetapi aku tertarik pada satu kenyataan beliau tentang isu H1N1 ,beliau menyenaraikan 5 significant terjadi benda macam ni berdasarkan ayat alquran ,
- Allah anugerahkan jalan penyelesaian dengan ketakwaan yang sebenar.
- Allah janji bagi rezeki setiap manusia .
- Allah permudahkan segala kesusahan mereka
- Allah buang segala kejahatan daripada Hambanya
- Allah besar dan gandakan pahala kepada mereka
Fikir-fikirkan
Selasa, 11 Ogos 2009
9 jenis anak setan..
Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar! hasutan mereka.
Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk
ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Selasa, 4 Ogos 2009
Fikrah (Kejadian Manusia)
Aku rasa terpanggil untuk menulis apa yang aku baca dalam MILENIA keluaran Ogos ,ini sebuah puisi
Asal usul kejadian manusia dari tanah
Kejadian kedua dari air mani
Jika dikaji ,hina sungguh manusia ini
Tanah dipijak-pijak oleh manusia saban hari
Air mani pula keluarnya dari saluran yang najis
Tetapi manusia menjadi istimewa
Setelah diberi tuhan nyawa
AKAL membolehkan manusia berfikir
Sama ada yang baik atau yang buruk
NAFSU pula membolehkan manusia berfungsi
Sama ada yang jahat atau yang baik
ROH hidupnya menurut kehendak yang baik
Dan kerap menolak yang tidak baik
JASAD pula mengikut sahaa apa yang diperintah
Oleh Akal ,Nafsu dan Roh
Unsur-unsur inilah menjadikan manusia
Berfungsi sebagai makhluk tuhan yang mukallaf
Yang Wajib menyembah Tuhan
Dan wajib pula mendirikan syariat Tuhan
Empat Unsur ini tidak ada pada haiwan
Tetapi ada pada Makhluk Tuhan yang lain
Seperti malaikat-malaikat dan jin-jin
Akal perlu diasah
Nafsu perlu dididik
Roh perlu digilap
Dan jasad anggota yang sangat setia
Kejadian manusia dijadikan iktibar
Agar manusia datang rasa sabar
Tuhanlah yang khabar
Isnin, 3 Ogos 2009
Fikir Sejenak (Kemana Hilangnya Keintelektualan Orang Melayu)
Di dalam artikel ini di tekankan bahawa zaman dahulu unsur penulisan amat penting untuk generasi kini sebagai rujukan masa kini,sumbgan penulisan cendiakawan melayu amatlah releven sehingga kini .Hal ini menunjukkan betapa orang melayu tidak kurang hebatnya dari sudut keintelektualan yangberjaya memberi sumbangan yang amat kepada kita hingga hari ini.....( Itu lah melayu hebat tapi sekarang macam dah hilang taring.....saper yang salah sebenarnya...fikir-fikirkan)
Sebaliknya apa ynag berlaku hari ini ,golongan melayu kini amatlah kurang menghasilkan karya yang bagus dan berguna untuk generasi masakan datang....ada penulisan yang di hasilkan tetapi tidak memberi kesan yang amat dalam untuk kegunaan....orang lain
Dan lebih malang lagi golongan melayu muda mudi kini lebih terpengaruh dgn budaya hedonisme yang semakin melular...aku pun suka gak hiburan ....terasa gak aku bila baca artkel ni....
Dalam artikel ni juga ada ditulis pasal golongan muda yang lebih mengenali artis adari dolongan cendiakawan ....penulis menyatakan kesilpan media yang lebih suka membuat berita sensasi dari keilmuan .....ada betul juga tengok lah setiap akhbar arus perdana mesti ada slot untuk hiburan setiap hari....di mana silap nya
Dan diakhir penulisan penulis mengajak kita bermuhasabah diri dan melakukan anjakan untuk mengembalikan keintelektual orang melayu ketahap yang lebih bagus....
Sabtu, 1 Ogos 2009
Generasi Salahuddin Al Ayubi
aku nak citer pasal ceramah yang aku hadiri...,pada jumaat lalu kat masjid negeri...
ermm tajuk cukup best.....
PEMBINAAN GENERASI BARU UMAT ISLAM
MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA GENERASI SALAHUDDIN ALAYUBI
ahli panel pun best gak ....Prof Dr Sidek Baba and Prof Dr Razali Nawawi
mederator ialah Syed Munawar
banyak isu2 yang di bincangkan dalm konteks generasi sekarang berdasarkan generasi salahuddin
paling best banyak isu yang menyedarkan kita mengapa umat islam sekarang amatlah lemah dalam segala aspek....
huraian yang cuba panel ceritakan adalah berdasarkan kekeurangan umat islam
yang begitu terpengaruh dengan budaya dan cara hidup barat....
tamadun barat menjadi ikutan sekarang
meraka juga menekan aspek dakwah yang begitu kurang dalam situasi yang penuh mencabar.umat islam hari ini lebih pentingkan keadaan yang suka tidak melibatkan diri dengan orang lain maksudnya suka bersendiri dari memasuki dalam kehidupan bermasyarakat....betapa jahil nya umat isla kini ....mereka berkata beriman tetapi tidak menyayangi saudara sendiri....
tegurlah umat islam lain......tolonglah umat islam ...hanya itu saja jalan untuk kita saling bantu membantu.....selain itu ahli panel juga menekan kan aspek ilmu......ilmu sekrang banyak yang kita hanya pelajari tapi konsep meghayati dan amal amatlak kurang contoh yang di beri adlah solat....semua belajar solat di sekolah......tapi secara meyeluruh adkah kita megamalkan ilmu itu begitu juga ilmu- ilmu lain yang kita pelajari.......setakat belajar sahaja kan jada sia-sia kalau tak di amalkan .....
ahli panel juga menekan aspek penulisan umat islam yang begitu kurang ...kita banyak menerima ilmu dari luar tapi kurang mengkaji.....ingat ilmu yang barat hasilkan adalah berdasarkan dari sarjana-sarjana islam
mereka dalah perintis segala ilmu seperti al-khawarizmi,ibnu sina .ibnu khaldun.....jasa mereka amatlah penting kepada umat islam....
selain itu ahli panel juga menekan kan aspek rohani yang amat jauh bezanya dengan generasi dahaulu dgn sekarang.....mereka dahulu sungguh kuat aspek rohani.....solat tahjud...solat taubat setiap hari....solat wajib tak pernah tinggal..hari ini umat islam jauh ketinggalan aspek yang penting pu susah untuk di capai apatah lagi aspek yang lain...
kesimpulan apa yang boleh dirumuskan ada lah kembalilah keajran islam yang sebenar...
berpeganglah kepada AL QURAN dan HADIS ....insyallah umat islam akan cemerlang.....
sedikit info tentang salahuddin al ayubi
menjadi menteri ketika berumur 32 tahun.....ingat pemuda adalah tonggak negara
nama asal nya ialah yusuf bin ayyub
mati dengan meninggalkan 47 dirham dan satu dinar...betapa bagusnya pemimpin begini
Ahad, 26 Julai 2009
Kembali Ke Kampung
Sabtu, 25 Julai 2009
Khamis, 23 Julai 2009
Dalam proses memantap blog...(masalah teknikal)
~~~KESABARAN TERUJI~~~
Minggu pertama lagi dah kena ada meeting untuk final project...serabut nyer sebab tak faham lagi....insyAllah akan aku cuba faham sehabis baik .Minggu itu jugak dah ada kerja yang bayk untuk Engineer In Socitey....assigmnet lagi....uh serabut aku di buat nyer....Paling aku risau final project.....kenapa le blur-blur je....bila lah nak fahamnya.....makin banyak aku baca makin bayank yang aku tak faham dan jumpa benda baru....tension-tension tapi tak per dugaan kat aku...Allah tak uji hambanya kalau aku tak mampu.
Minggu kedua kelas semua dah bermula....ok la....kelas BEL 480 best gak lecture pun tak presure kami....ikut je ape yang dia suruh buat.Untuk ENT pun dah strt ..masuk kelas best gak lecture ....ENT belajr bisnes....satu-satunya yang ada final exam.... Selected topic baru satu kelas jer bermula untuk minggu ini...lagi dua entah la....aku ambil kelas 3G ,Broadcasting,dgn VSB yang bermula kelas hanya 3G jer....puan wan yang mengajar...penuh pengalaman dia ni.....macam idea dia terang..respect dia gaya sempoi jer...UNtuk final Project aku dalam proses belajr menggunakan CST ...A lot of work to do .....serabut tapi boleh urus lagi.
Minggu ketiga macam biasa la kelas tetap ada......makin byak kerje kena buat lak...minggu ni nak kena submit proposal bisnes ....lepas tu register under CIDB untuk dapat sijil untuk kerje and maklumat tentang cara berkerja dengan keadaan sebenyar.....bagus gak dapt join CIDB banyak faedah sebab aku nak habis dah lepas ni nak kerja lak.....minggu ini gak de meeting dgan RA untuk final project...meeting kedua baru la aku nampak aku nak bt apa..dia terang dgn selengkapnya ....baru la aku tahu mcm mana nak buat...
Dari mingu keminggu dah aku tempuhi rasa semakin takut pulak sebab ada sahaja cabaran baru yang aku dapat....kerje and assigment pun makin berlambak....ahhhhh bosan nyer dgn kerje-kerja ini....bila lak nak lepak2....hahaha...ingat faiz....sekejap jer lagi ...ingat Allah bersama dengan orang-orang yang sabar....
Rabu, 22 Julai 2009
The Spirit Carries On
Where did we come from?
Why are we here?
Where do we go when we die?
What lies beyond
And what lay before?
Is anything certain in life?
They say, "Life is too short,"
"The here and the now"
And "You're only given one shot"
But could there be more,
Have I lived before,
Or could this be all that we've got?
If I die tomorrow
I'd be all right
Because I believe
That after we're gone
The spirit carries on
I used to be frightened of dying
I used to think death was the end
But that was before
I'm not scared anymore
I know that my soul will transcend
I may never find all the answers
I may never understand why
I may never prove
What I know to be true
But I know that I still have to try
If I die tomorrow
I'd be all right
Because I believe
That after we're gone
The spirit carries on
"Move on, be brave
Don't weep at my grave
Because I am no longer here
But please never let
Your memory of me disappear"
Safe in the light that surrounds me
Free of the fear and the pain
My questioning mind
Has helped me to find
The meaning in my life again
Victoria's real
I finally feel
At peace with the girl in my dreams
And now that I'm here
It's perfectly clear
I found out what all of this means
If I die tomorrow
I'd be all right
Because I believe
That after we're gone
The spirit carries on
Sabtu, 18 Julai 2009
YOU A NOT ALONE
Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold
Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
But you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
But you are not alone
'Lone, 'lone
Why, 'lone
Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
Then forever can begin
Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone
Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there
You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
For you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
Rabu, 15 Julai 2009
Beuty Of Maths
1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321
1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
Brilliant, isn ' t it?
And look at this symmetry:
1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=123456789 87654321
Now, takes a look at this...101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%?
What does it mean togive MORE than 100%?
Ever wonder about those people who saythey are giving more than 100%?
We have all been in situations wheresomeone wants you to GIVE OVER100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here ' s a little mathematical formulathat might help answer thesequestions:
If:A B C D E F G H I J K L M N O P Q R ST U V W X Y Z
Is represented as:1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 1617 18 19 20 21 22 23 24 25 26.
If:H-A-R-D-W-O- R- K8+1+18+4+23+ 15+18+11 =98%
And:K-N-O-W-L-E- D-G-E11+14+15+23+ 12+5+ 4+7+5 = 96%
But:A-T-T-I-T-U- D-E1+20+20+9+20+ 21+4+5 = 100%
THEN, look how far the love of Godwill take you:
L-O-V-E-O-F- G-O-D12+15+22+5+15+ 6+7+15+4 = 101%
Therefore, one can conclude withmathematical certainty that:
While Hard Work and Knowledge will getyou close, and Attitude willget you there,
It ' s the Love of Godthat will put you over the top!It ' s up to you if you share thiswith your friends justthe way I did.Have a nice day & Allah bless U!!
Sabtu, 4 Julai 2009
DUA BULAN ......BERAKHIR SEMALAM (MAHKOTA)
Dua bulan akhirnya berakhir semalam juga....penat..bosan ..gembira...duka....lara...semua ada dalam 2 bulan...kenangan bersama staff dan rakan-rakan menjadi memori aku yang au akan simpan....banyak aku belajar....bukan dari segi teknikal sahaja ...tapi skil yang lain juga aku belajar seperti skill berkomunikasi,penulisan dan lain-lain.
Rakan-rakan latihan industri.....terima kasih banyak-banyak....semoga persahabatan kita berkekalan...u all memang best....banyak aku belajar dengan korang ...sama-sama kita tolong menolong....
Terima Kasih kepada staff mahkota terutama supervisor Mr Vannan,Kak Salmiah.Mr Muthu,Mr Maran,En Azizdan staff lain yang banyak menolong dalam semasa aku praktikal kat Mahkota....jasa anda akan ku kenang jua...
Terima Kasih Semua
Rabu, 1 Julai 2009
CARA PERMAKANAN SIHAT
JENIS MAKANAN
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan minum SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan minum SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU CTH :- KOKTEL
- CARA MAKAN
- JANGAN MAKAN BUAH SETELAH MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKANLAH BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
- TIDUR 1 JAM SETELAH MAKAN TENGAH HARI. (yang nie tak boleh buat kat office...;))
- JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM .. BARANG SIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya..... cubalah..... ......... .
Pengaruhnya tidak dalam jangka pendek.... Akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti. - Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. Kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosak usus kita.- Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatanspt membuat
amalan antara lain: - Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
- Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
- Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitusujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.
- Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan) Wassalam...
Sama-samalah kita mengamalkannya. ......
WallahuA'lam
Sabda nabi, Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insya Allah... Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya..
- Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatanspt membuat
Sabtu, 27 Jun 2009
Harapan PadaMu Subur Kembali
Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu
Hamba-Mu rasa berputus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika
Tika mengenang Ghafar-Mu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih semula
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
Mehnah-Mu itu penghapus dosaku
Mengganti hukuman-Mu di akhirat
Di waktu mengenang rahma-tMu
Terasa diri kurang bersyukur
Pada-Mu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak mengenal kebenaran-Mu
Ya Alloh Tuhanku
Bantulah hamba-Mu
Dalam mendidik jiwaku ini
Wahai Tuhan ku Yang Esa
Bila kenangkan Qahar-Mu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksa-Mu
Khamis, 25 Jun 2009
Perkara yang selalu aku terfikir........
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
- Surah Al-Ankabut ayat 2-3
Kenapa Aku Tak Dapat Apa Yg Aku Idam-Idamkan ?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216
Kenapa Ujian Seberat Ini ?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286
Rasa Frust ?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139
Bagaimana Harus Aku Menghadapinya ?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"Apa Yang Aku Dapat Drpd Semua Ini?
- Surah Al-Baqarah ayat 45
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
- Surah At-Taubah ayat 111
Kepada Siapa Aku Berharap ?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129
Aku Tak Tahan !
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 87
Isnin, 22 Jun 2009
Tolong Ingatkan Aku
Nak minta tolong sikit boleh tak?
Tolong ingatkan saya,
Andai saya terlupakan tuhan,
Dalam kelapangan dan kesibukan,
Dalam kesenangan dan kesusahan.
Tolong ingatkan saya,
Jangan jadi anak derhaka,
Mak ayah dilupakan jangan,
Usah diluka hati dan perasaan.
Tolong ingatkan saya,
Dengarlan dan bacalah Al-Quran,
Tika radio penuh hiburan,
Tika tv penuh Hindustan.
Tolong ingatkan saya,
Di mana silamnya zahirku,
Jika aurat didedahkan disingkat,
Diketat dan dijarangkan.
Tolong ingatkan saya,
Jadilah sahabat yang baik,
Sentiasa memberi peringatan,
Sentiasa menerima teguran.
Tolong ingatkan saya,
Kalau bercinta biarlah keranaNya,
Dalam memilih utamakan iman,
Kelak ikatan dihindari syaitan.
Tolong ingatkan saya,
Hidup ini satu kembara,
Kutiplah mutiara dalam perjalanan,
Moga di sana menjadi bekalan.
Tolong ingatkan saya,
Diri ini milik Yang Kuasa kepadaNya,
Jiwa diserahkan segala-segala,
Dialah tumpuan.
Tolong ye ingatkan saya..