Isnin, 3 Ogos 2009

Fikir Sejenak (Kemana Hilangnya Keintelektualan Orang Melayu)



Tertarik aku baca artikel dari majalah MILENIA keluaran Ogos ....penulis artikel ini adalah saudara Mohd Sukki Othman ,artikel ni membuat aku tersedar dari lena macam ditujukan kat aku je .Didalam atikel ini dicerita kan bagaimana keagungan cendiakawan melayu pada zaman dahulu yang mana kita tidak tahu atau sahaja buat lupa mereka....kenalkah kita pada Muhammad Idris ,Pendeta Zabba dan ramai lagi (aku pun tak tau sangt pasal karya mereka tapi yang aku kenal zabba 2 pun sebab ada pernah dengar nama dia)..tokoh yang semakin dilupakan ...penulisan mereka amatlah berkesan dan releven sehingga kini .
Di dalam artikel ini di tekankan bahawa zaman dahulu unsur penulisan amat penting untuk generasi kini sebagai rujukan masa kini,sumbgan penulisan cendiakawan melayu amatlah releven sehingga kini .Hal ini menunjukkan betapa orang melayu tidak kurang hebatnya dari sudut keintelektualan yangberjaya memberi sumbangan yang amat kepada kita hingga hari ini.....( Itu lah melayu hebat tapi sekarang macam dah hilang taring.....saper yang salah sebenarnya...fikir-fikirkan)
Sebaliknya apa ynag berlaku hari ini ,golongan melayu kini amatlah kurang menghasilkan karya yang bagus dan berguna untuk generasi masakan datang....ada penulisan yang di hasilkan tetapi tidak memberi kesan yang amat dalam untuk kegunaan....orang lain
Dan lebih malang lagi golongan melayu muda mudi kini lebih terpengaruh dgn budaya hedonisme yang semakin melular...aku pun suka gak hiburan ....terasa gak aku bila baca artkel ni....
Dalam artikel ni juga ada ditulis pasal golongan muda yang lebih mengenali artis adari dolongan cendiakawan ....penulis menyatakan kesilpan media yang lebih suka membuat berita sensasi dari keilmuan .....ada betul juga tengok lah setiap akhbar arus perdana mesti ada slot untuk hiburan setiap hari....di mana silap nya
Dan diakhir penulisan penulis mengajak kita bermuhasabah diri dan melakukan anjakan untuk mengembalikan keintelektual orang melayu ketahap yang lebih bagus....

Tiada ulasan: