Khamis, 8 Julai 2010
Cerita Kehidupan 6
Khamis dah yer....aku tak sedar bulan Rejab nak habis dah....wah tak sabar nak bulan puasa.....ermm untuk post kali ni aku nak cerita apa aku tak pasti...yang penting minggu ni banyak kerja...(tengah menulis bog ni pun sebenarnya ada kerja yang perlu disiapkan...tapi kerana bosan terpaksa lah aku menulis blog hahahahahah) untuk minggu ni hari2 turun RTM tengok kerja-kerja yang dilakukan oleh kontraktor....apa progress dan kerja yang diorang buat ok atau tidak...pening kepala la jugak nak handle orang-orang yang dah berpengalaman...bila nak tegurkena cakp elok2...tapi kalau yang sebenarnya diorang kena ikut ckap aku sebab aku bos (perasan la) hahahahhaa.realitinya aku kuli jer....mkan gaji.....but ok for the step further....kena la belajar menerima hakikat kita ni baru jangan pandai2 nak buat idea sendiri......
Jumaat, 2 Julai 2010
Cerita Kehidupan 5
Sekejap jer dah seminggu berlalu.....kerja ..kerja..kerja...dah nak hujung minggu..dalam seminggu ada tujuh hari tapi kerja 5 hari saja...wah tak sabar nak rehat kat rumah.......seminggu kerja macam-macam aku lalui..paling aku ingat aku tension gila dengan mamat ni....dah ler penat and lama nak tunggu tapi tak siap jugak...aku tahu la .....org lama tapi bagi tahu la tak boleh siap..ni sampai hampir 2 jam tunggu kat sana last2 aku balik dengan tanagan kosong...dah hantar lama dah bukan nak buat...prinsip aku aku tak suka tunggu ...entah la rasa tunggu orang ni satu penyeksaan ...senang aku buat sendiri...tapi aku tak tahu..huhhuhuu..seminggu kerja banyak g site tengok kerja yang aku kena tengok....tension and stress dah normal..but banyak juga belajar dari orang bepengalaman.....macam-macam idea ,fahaman politik dan yg paling penting ilmu engineering yang kadang2 aku sendiri jadi tak faham....semua jadi lain...hahahaha....aku pun pening jugak banyak yang nak ambil mudah...tapi dalam bab duit senang jer........dalam seminggu ni jugak kena brain wash oleh client ,banyak benar kerenah birokrasi yang perlu dilalui....susah -susah..tapi hadapi jer la....
Isnin, 28 Jun 2010
Cerita Kehidupan 4
Wah penat aku hujung minggu penuh aktiviti yang berfaedah.....malam sabtu aku main badminton dengan rakan-rakan kerja ...sunguh seronok.....lepas itu tengok bola world cup .....hilang letih....mujur spain menang....keesokanya ada aktiviti pertandingan bowling anjuran kelab sukan dan rekreasi Leadcom (M) Sdn Bhd.Sangat seronok ....aku team dengan Kak Wan ,Wan K dan aku...nasib kumpulan kami tak menang ...huhuhuhu....yang penting kerjasama....huhuhu....paling best mengeratkan hubungan dengan staf-staf yang lain....selepas selesai main bowling semua staf pergi gerak rumah En Hayat (Staf Leadcom) ada kenduri kahwin anak dia ....sedap ler makn ...selepas kepenatan main bowling......Petang dalam pukul 3 aku lepak rumah..sementara menungu akak aku habis kerja.....petang dalam pukul 6 gerak balik kampung...Rindu Kampung sebab lama tak balik...(Dalam pukul 4 aku dapat sms dari seorng staf Leadcom tuduh aku ambil hanset dia...aku terkedu berat sungguh tuduhan 2...aku tak boleh terima...aku sabar jer la dan senyap jer....yang penting aku tak ambil...aku tahu halal haram.....senang-senang nak tuduh aku ....aku tahu aku tak mampu pakai...tapi aku tahu dosa pahala...cuba la cari dulu ni main tuduh jer...after 20 minit aku dapt masej minta maaf cakap tersilap tuduh....wah-wah senang-senang jer minta maaf ...dalam kepala aku ni....jenuh fikir ape lah salah aku...tahu la aku tumpang kereta dia tapi jangan lah tuduh-tuduh......last ucap sorry jer.....sebab adik dia aku kena tuduh....sabar jer la faiz...dunia ada kala kita di uji dengan pelbagai keadaan.....tapi ujian ini berat sekali .......dah la malas aku nak fikir...) Selepas akak aku habis kerja kami terus gerak balik kampung.....sampai dalam pukul 10 mlm ....sempat la tengok Korea vs Uruguay......
Ahad takde aktiviti sangat lepak kat rumah jer ...tolong mak ayah..... aku basuh kereta ....and jalan pergi pasar ahad ....nak merasa sup din tak kesampaian sebab dia tak berniaga...takde rezeki....huuhuuhu..janji dapt cendol ok la.....
pukul 6 gerak balik Shah Alam....sampai dalam kol 10 kat shah alam.
Ahad takde aktiviti sangat lepak kat rumah jer ...tolong mak ayah..... aku basuh kereta ....and jalan pergi pasar ahad ....nak merasa sup din tak kesampaian sebab dia tak berniaga...takde rezeki....huuhuuhu..janji dapt cendol ok la.....
pukul 6 gerak balik Shah Alam....sampai dalam kol 10 kat shah alam.
Khamis, 24 Jun 2010
Cerita Kehidupan 3
Di kesempatan ini aku nak cerita sikit pengalaman aku kerja dengan orang-orang berpengalaman (bukan tua berumur sahaja) macam-macam maklumat aku dapat ,nasihat ,teguran dan yang paling penting ilmu yang aku rasa amatlah berguna....bukan semua sama macam-macam pandangan yang berbeza ada kata macam ini ,ada kata macam ini ..tapi sebenarnya adalah lah sama cuma jalan atau cara kerja seseorang berdasarkan pengalaman...bayangkan dah kerja lama mesti mahu guna cara yang biasa ..kalau saya pun macam itu juga...masalahnya cuma cara baru tak diterima dan juga kenapa menafikan idea orang-orang muda....kita tahu mereka banyak pengalaman tapi sekurang-kurangnya beri peluang kita terangkan cara kita...tercapai matlamat untuk tunjuk bakat....huhu....baru lah best kerja banyak maklumat...anyway bestla sebab aku dah bnyak dapat info menarik untuk di ketengahkan dan paling best kau rasa sampai sekrang seorang senior engineer telah menerangkan kat aku.dialogberbunyi macam ni la(..ko belum kawinkan....aku nak bagi nasihat sikit la...kalau nak pilih isteri tengok mak dia macam mana ....kalau ko tengok mak dia dah tua pun ok ..insyAllah ok..sebab anak perempuan ni banyak turun ikut mak....ko nak kekal lama ) aku senyap jer la...dengar jer...fikir-fikir balik ada logik juga ...tapi jodoh ni semua ketentuan Allah berserah jer la.....ni lah cerita orang lama...yang aku dapat.....nanti aku cerita lagi.....
Selasa, 22 Jun 2010
Cerita Kehidupan 2
Nak sambung balik cerita yang aku nak tulis ...dah seminggu aku menunggu akhirnya keluar jugak kereta pertama aku (21jun 2o1o Saga BLM)....semakin bertambah lah bebanan yang terpaksa ku pikul untuk membayar kereta.Dunia sekarang semua mahu merasa kemudahan dengan berhutang kalau tak berhutang tak dapatla merasa....niat aku hnya untuk kesenagan mak ayah aku, aku cuma nak berbakti pada mereka bg mereka merasa la pulak.Ber syukur pada Allah kerana Dia aku dapt beli kereta walaupun hutang...(bertambahla hutang aku keliling pinggang )yang penting semua untuk ibuayah..selagi anak mu mampu akan ku penuhi permintaan ibu ayah...semoga mereka berasa gembira.Jasa mereka tak terbalas hingga akhir hayat ....hanya yang termampu anak mu penuhi...reda mu reda Allah yang esa.Doakan anak mu semakin murah rezeki....
Jumaat, 18 Jun 2010
Cerita Kehidupan
Kehidupan sekarang pun penuh bebanan tapi harap aku dapt mengatasinya...Allah tahu aku kuat untuk memegang semua itu...janji amanah perlu dijaga.Kehidupan pun dah berubah.....keluarga sekarang menjadi tamggungjawab aku pulak untuk membalas jasa-jasa ayah dan ibu...walaupun aku tahu tak terbalas jasa mereka.....aku cuba untuk menyenangkan hati mereka dengan semampu aku...Allah kuatkan Hambamu...walaupun kadang-kadang aku lupa kepada Mu Ya Allah...
Jumaat, 11 Jun 2010
The TEN commandments success
1.Speak to people:there is nothing as nice as a cheerful greeting 2.SMILE:it takes 72 muscles to frown-only 14 to smile 3.Call people by name:everyone is pleased when you remember their name 4.Be friendly & helpful:and others will respond in like.... 5.Speak & act:as if everything you do were a genuine pleasure 6.Be genuinely:interested in people 7.Be generous:with praise-cautious with criticism 8.Be considerate:with the feelings of others,it will be appreciated 9.Be thoughtful:of the opinions of others,there are 3 sides to any controvercy-yours the other persons & the right one? 10.Be willing:to give service,what counts most in life is what we do for others Pinjam Dari Seseorang....Untuk renungan Bersama |
Khamis, 10 Jun 2010
Kembali Semula InsyAllah
Dah lama tak menulis di blog aku sendiri....hampir terlupa password nak masuk .....ya Allah aku terlupa untuk menukil sedikit coretan untuk berkongsi bersama didalam blog ini.Semakin aku tinggal kan blog ni dah macam-macam perubahan sebab dah lm tak tengok insyAllah selepas ni aku cuba untuk berkongsi seberape banyak maklumat dan cerita untuk pengisian bersama.
Isnin, 4 Januari 2010
Kemana Halatuju Aku
Alhamdulilah sekarang aku kembali ke shah alam untuk meneruskan kehidupan selepas tamat belajar......Aku menjalani khusus VLSI kat dalam UiTM under MDEC ,boleh la dapt gak aku RM 500 untuk sebulan ......selama 23 hari.....boleh gak sementara menunggu pangilan interview untuk dpat kerja.....dalam dunia yang semakain mencabar.....aku pun terasa kepayahan mencari kerja yang sesuai dengan aku....apa sebenarnya yang aku cari kerja atau duit.......susah untuk aku membuat pilihan...kadang-kadang hati ini meronta-ronta nak buat duit atau kerja dengan orang mana satu pilihan tepat....bila berada di kampung mak ayah berharap untuk aku dapt kerja dengan cepat tapi aku dah usaha untuk mencari kerja dengan sebaik mungkin ....tapi rezeki telah ditetapkan aku tak tau rezeki aku macam mana .....hanya Allah yang lebih mengatahui.......tetapi akan aku teruskan usaha untuk mendapat kerja yang setimpal dengan kelulusan aku insyaAllah.....Allah maha mengatahui...aku berserah kepada dia supaya aku dipermudahkan ......amin.....
Jumaat, 11 Disember 2009
LAMA TAK MENULIS
Alhamdulilah....
lama sungguh aku tak menulis di blog ni....
lepas ni entah bila la nak tulis ..
aku dah takde internet kat rumah...susah la sikit nak menulis ...
lepas ni mugkin update blog ni pun mesti citer yang bosan2 jer nak tulis...
dah takde masa untuk menukil coretan-coretan dalam kehidupan....
sekarang ni dah bergembira sebab kerje dah selesai.....tunggu keputusan untuk mengesahkan tamatnyer sarjana muda aku...
sekarang bermula la langkah untuk mencari kerja ......atau membuat kerja ......alam yang aku tunggu-tunggu selama ini...kerje yang tetap dalam menempuh kehidupan....yang penuh cabaran..
harapan untuk kehidupan ini lebih seronok....dah penuh nikmat..hahahahaa..
kita merancang tetapi semua itu ketentuaan ilahi...
aku berdoa agar di mudahkan perjalananan hidup......untuk merasa nikmat dunia yang hanya sementara....Allah lebih mengerti Hamba mu ini....
lama sungguh aku tak menulis di blog ni....
lepas ni entah bila la nak tulis ..
aku dah takde internet kat rumah...susah la sikit nak menulis ...
lepas ni mugkin update blog ni pun mesti citer yang bosan2 jer nak tulis...
dah takde masa untuk menukil coretan-coretan dalam kehidupan....
sekarang ni dah bergembira sebab kerje dah selesai.....tunggu keputusan untuk mengesahkan tamatnyer sarjana muda aku...
sekarang bermula la langkah untuk mencari kerja ......atau membuat kerja ......alam yang aku tunggu-tunggu selama ini...kerje yang tetap dalam menempuh kehidupan....yang penuh cabaran..
harapan untuk kehidupan ini lebih seronok....dah penuh nikmat..hahahahaa..
kita merancang tetapi semua itu ketentuaan ilahi...
aku berdoa agar di mudahkan perjalananan hidup......untuk merasa nikmat dunia yang hanya sementara....Allah lebih mengerti Hamba mu ini....
Langgan:
Catatan (Atom)