Selasa, 1 Januari 2013

2013 Lembaran Baru

Assalamualaikum
Syukur kepada Allah atas segalanya ,solawat dan salam kepada junjungan Rasulullah serta sahabat dan para pejuang Islam yang tidak pernah penat berjuang kerana Allah dan Islam

Dalam kehidupan mesti ada jatuh bangun. perancangan untuk diri sendiri agar KPI yang di kehendaki di kecapi diri InsyAllah
  • Perbaiki NIAT  supaya mendapat berkat Allah
  • Istiqamah dalam kebaikan dan kebenaran.
  • Cuba Untuk sentiasa positif dan merancang untuk hari esok agar dipermudahkan. Kita merancang tapi perancangan Allah segalanya .
  • Cuba untuk menerima segala apa yang terjadi agar diri ini berasa senang hati dan jiwa sentiasa tenang,
  • Cuba untuk mempermudahkan segala kesukaran dalam diri dan untuk orang lain.InsyAllah
  • Cuba untuk tidak lari dari masalah ,Hadapilah kerana ada kemanisan jika kita tempuhi.
  • Cuba Menjadi Anak yang soleh dan menyenangkan kedua Ibu bapa
  • Cuba Memantapkan diri dengan ILMU..
  • Tiada jalan pintas hanya usaha doa dan takdir Allah itulah yang sebenar.
  • Cuba menjauhi semampu yang mungkinn kearah kemaksiatan dan unsur keburukan 
  • Cuba dan cuba tiada istilah putus asa ...
  • Cuba jadi diri sendiri berlandaskan apa yang Allah telah tetapkan.
  • Cuba perbaiki kelemahan dan meneriam kekurangan
  • Jika ingin bahagia/gembira  maka sebarkan bahagia/gembira  dengan orang sekitar.
  • Untuk disayangi maka sayangi lah makhluk Allah semua...
  • Banyak memberi insyAllah banyak menerima ...
  • Luaskan konsep kehidupan dengan jangan melihat sesuatu yang diatas..lihatlah dibawah dahulu baru menilai masih ada lagi yang susah.
  • Cuba banyakkan Amal..zikir ,solawat dan seangkatan..InsyAllah
  • Cuba menanam sifat -sifat sederhana  agar hidup jadi sempurna .
  • Cuba Bersangka baik setiap apa yang terjadi..
  • Yang penting jadi baik dengan akhlak yang sebenar..manusia menilai tapi Allah segalanya.
Semoga Allah  Berkati Amin...

Tiada ulasan: