Isnin, 4 Januari 2010

Kemana Halatuju Aku

Alhamdulilah sekarang aku kembali ke shah alam untuk meneruskan kehidupan selepas tamat belajar......Aku menjalani khusus VLSI kat dalam UiTM under MDEC ,boleh la dapt gak aku RM 500 untuk sebulan ......selama 23 hari.....boleh gak sementara menunggu pangilan interview untuk dpat kerja.....dalam dunia yang semakain mencabar.....aku pun terasa kepayahan mencari kerja yang sesuai dengan aku....apa sebenarnya yang aku cari kerja atau duit.......susah untuk aku membuat pilihan...kadang-kadang hati ini meronta-ronta nak buat duit atau kerja dengan orang mana satu pilihan tepat....bila berada di kampung mak ayah berharap untuk aku dapt kerja dengan cepat tapi aku dah usaha untuk mencari kerja dengan sebaik mungkin ....tapi rezeki telah ditetapkan aku tak tau rezeki aku macam mana .....hanya Allah yang lebih mengatahui.......tetapi akan aku teruskan usaha untuk mendapat kerja yang setimpal dengan kelulusan aku insyaAllah.....Allah maha mengatahui...aku berserah kepada dia supaya aku dipermudahkan ......amin.....

Jumaat, 11 Disember 2009

LAMA TAK MENULIS

Alhamdulilah....
lama sungguh aku tak menulis di blog ni....
lepas ni entah bila la nak tulis ..
aku dah takde internet kat rumah...susah la sikit nak menulis ...
lepas ni mugkin update blog ni pun mesti citer yang bosan2 jer nak tulis...
dah takde masa untuk menukil coretan-coretan dalam kehidupan....
sekarang ni dah bergembira sebab kerje dah selesai.....tunggu keputusan untuk mengesahkan tamatnyer sarjana muda aku...
sekarang bermula la langkah untuk mencari kerja ......atau membuat kerja ......alam yang aku tunggu-tunggu selama ini...kerje yang tetap dalam menempuh kehidupan....yang penuh cabaran..
harapan untuk kehidupan ini lebih seronok....dah penuh nikmat..hahahahaa..
kita merancang tetapi semua itu ketentuaan ilahi...
aku berdoa agar di mudahkan perjalananan hidup......untuk merasa nikmat dunia yang hanya sementara....Allah lebih mengerti Hamba mu ini....

Khamis, 5 November 2009

hampir sampai penghujung....

Alhamdulilah...ucapan yang amat bermakna bila sesutu yang kita capai menjadi kenyataan....
tetapi adakah cukup dengan ucapan sahaja ....bersyukur sangat sebab dalm keperitan ada kemanisan.....setelah hampir 6 tahun aku berjuang untuk mendapatkan segulung ijazah hampir tercapai....insyAllah jika tiada apa yang menghalang dan dengan izin Allah aku bakal menamatkan pengajian ini.Gembira rasa hati tetapi apa yang bakal aku tempuhi selepas ini hanya Allah lebih mengatahui..
Aku berharap di permudahkan perjalanan ku dalam menempuh alam yang baru ini..situasi yang aku tunggu-tunggu ini mugkin berbeza dari segalanya ...pasti Allah lebih mengatahui tahap hamba mu yang lemah ini.....
Berkat dorongan ibu ayah dah adik beradik...serta rakan-rakan yang bnyak membantu...terima kasih...tak terhingga...tanpa anda semua aku mugkin tak sampai tahap begini.....

Selasa, 20 Oktober 2009

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta






Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


From IluvIslam

Selasa, 6 Oktober 2009

Al Quran Adalah Pedoman +Petunjuk+ Rahmat (Pelik Tapi Kebenaran)

Mungkin itu telah tertulis atau manusia sendiri terlupa. Apa yang berlaku di dunia pasti bersebab tapi mengapa manusia suka mensia-siakan ape yang Allah telah pesan di dalam Al-Quran segalanya di beri tahu. Manusia perlu mengkaji dan mencari . Al quran adalah panduan ,petunjuk dan rahmat kepada manusia jika kita beramal dgn Al-quran. (Al Waaqi'ah 56.(77-78) Sesungguhnya Al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia. Pada Kitab yang terpelihara (Lauhul Mahfuzh) tidak menyentuhnya kecuali orang-orang yang sucikan. (Al Waaqi'ah 56.(81) Maka apakah kamu menganggap remeh saja Al-quran ini?.

Rasullullah telah berpesan dengan Hadith baginda ( Ku tinggalkan kepada mu dua perkara iaitu Al-Quran dan Sunnah ,berpeganglah kamu kepadanya semoga kamu tidak akn sesast selamanya). Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berselang sehari setelah kejadian, yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Cuba lihat Al-Qur’an!” . Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayat ayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya.

Ahad, 27 September 2009

stress= macam nak gila



Assalamulaikum ..dah lama tak menulis di blog ni....sibuk je....aku bila tekanan macam ni la....nak menulis jer..entah ape aku nak tulis tak tau la....rasa nak tulis yang aku tengah tension .....final project tak dapat keputusan lagi bahan kajian ...ish-ish...ape nak jd aku ni.....rasa dah terlampau tertekan dengan kehidupan ni...rasa nak gila tak ler...tapi rasa nak mengamuk ada la..huhuhu..ape la nak jadi ni...seminggu dah beraya ...memang aku beraya sungguh menyesal bawa balik research yang aku buat tak sentuh pun ....bawa balik buat berat je la.......kenapa la jadi mcm ni.....ni lah kehidupan kena pandai kawal tekanan ...ni baru tekanan buat final project belum lagi tekanan yang lain yang memeningkan kepala aku....ape nak jadi jadila ...janji aku sudah kan ape yang aku dapat......hidup mesti de cabaran ..baru mencabar....balik raya tahun ni....rasa tekanan gak tengok kawan dah kerja ...sepupu dah pakai kereta,......cemburu beb aku dah bertahun belajar tak pakai lagi....pakai motor buruk jer la....huhuhu...hidup .hidup...itulah asam garam kehidupan....kalau tak tak best ler..kehidupan kau....baru de turun naik sikit..huhuhu.....
Lagi aku nak tulis ape....aku pun tak tau la...ape yang patut aku tulis sebab tak rancang nak tulis ape.....

Rabu, 26 Ogos 2009

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”




Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

__,_._,___

Khamis, 20 Ogos 2009

Salam Ramadhan

Ramadhan Kembali...akhirnya bertemu kembali bulan yang di nanti-nanti oleh aku....syukur ke hadratilahi....dia memberi kesempatan kepada hambanya ni untuk bertemu lagi dengan bulan berkat dan mulia....Dikesempatan ni aku nak memohon maaf andai ada kesilapan yang aku pernah aku lakukan maaf andai tersilap....


"Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat) . Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."



Perjalani ini terlalu jauh
Langkah bagai meniti buih
Tak bisa menjanjikan
Antara kebahagia dan kedukaan
Terselit di kalbu

Begitulah antara dua jiwa
Nafas dan udara adalah jodoh
Antara kita tersua
Dan akhirnya...
Itulah cinta kita
Adam dan Hawa

Namun kita ada kekurangan
Kau dan aku
Telah ditakdirkan
Terpaksa meleraikan pautan
Walau pun payah
Inilah realiti kita

Jumaat, 14 Ogos 2009

Selamat Hari Jadi untuk Emak Tersayang

Assalamualikum....di pagi hari ini aku teringat hari ini merupakan hari jadi emak aku yang ke 56.....ermmm pagi2 aku nak telepon mak nak wish kat dia.... .....tapi dia tanya pasal per....pagi2 tepon ni.....dia tak ingat hari jadi dia kot....last-last aku wish je...SELAMAT HARI LAHIR IBU
Terima kasih emak.....aku bersyukur di emak yang sangat memahami aku....macam kerenah aku..dia sabar je....sungguh bertuah aku......dari kecil sampai ler sekarang dia lah tempat aku menceritakan segalanya...ibu kaulah ratu hatiku....tanpa mu aku tak melihat alam fana ini.....tak terbalas jasamu .....aku mengharap agar engkau sihat dah sejahtera selalu....amin



Rabu, 12 Ogos 2009

Influenza (Dugaan Allah)

Aku serabut la.....badan rasa lain jer....dah ler kepala agak2 pening-pening dengan pulak selsema..aik entah ler...dah makan ubat tapi ok lagi....takde ape yang perlu di risau pun walau pun bermacam-macam kes H1N1..dengar citer fakulti aku dah 2 orang positif H1N1 tapi yang kena selsema ramai la....tengok sekarang semua pakai penutup mulut jer....mesti benda ni dah merebak dah....aku berharap aku tak kena la benda 2....selsema 2 biasa la....mintak jauh kan sangat...bak kata kawan aku abidah ( Insyalah takde ape.....kita kan solat...dalam sehari kita cuci ( berwuduk ) lima kali sehari...makna nya insyallah di jauhkan dari bencana itu).....betul gak kata kawan aku ni.....tapi aku teringat satu cerita ustaz masa sekolah dulu ,,,dia cakap kalau bala Allah ni tak memilih ,org beriman ker ,orang baik ker, semua kena Allah bagi peringatan..kat hambanya agar kita lebih bersyukur dan menilai apa yang Allah uji hambanya.
Erm entah la...semakin hari semakin risau aku di buatnya kes macam ni.....ari 2 aku g ceramah Prof Dr Harun Din kat masjid negeri.....macam-macam beliau kupas kan tetapi aku tertarik pada satu kenyataan beliau tentang isu H1N1 ,beliau menyenaraikan 5 significant terjadi benda macam ni berdasarkan ayat alquran ,
  • Allah anugerahkan jalan penyelesaian dengan ketakwaan yang sebenar.
  • Allah janji bagi rezeki setiap manusia .
  • Allah permudahkan segala kesusahan mereka
  • Allah buang segala kejahatan daripada Hambanya
  • Allah besar dan gandakan pahala kepada mereka
Dari situ aku faham sebab Allah sayang hambanya lah belaiu menguji keimanan hambanya dengan segala macam cabaran dan rintangan di sebabkan ada benda tersembunyi yang Allah janjikan.....
Fikir-fikirkan