Selasa, 30 Disember 2008

sem baru bermula

salam kawan2 semua, sekarang aku kat uitm shah alam nak habis kan degree tinggal dua sem lagi insyallah abis ,best gak kat sini tapi sesak sikit ramai sangat satu kelas tak best lak rasanye ,anyway cukupla dengan pe yang ade ,kat shah alam dekat sikit dengan rumah aku ,senang nak balik kampung .kakak aku pun ade kat sini boleh le mintak tolong dia ,selamat datang ke shah alam .

Rabu, 3 Disember 2008

cuti semester

Alhamdulilah sekarang aku ada kat kampung sekarang ni tengah bercuti ,dah lama tak buka blog aku ni hampir dua minggu hehehe sebab kat kampung malas la nak pergi cybercafe huhu .
di kesempatan ini aku nak tulis la jugak untuk pembukaan bulan ini ,kami dah dapt rumah kat shah alam kat sek 4 rumah teres harga 1200,dok sepuluh orng ,boleh la ,dalam keadaan ekonomi tak menentuni hidup pn dah semakin kurang duit ni terima jelah lagi pun setahun je lagi nak abis belajar ,lepas ni nak keja lak kumpul duit lak ,......dah jemu ngadap buku secara formal lepas ni belajr jugak tapi belajr nak hidup tanpa buku hahahah.so shah alam nanti kan kedatangan kami ...... dunia baru bagi budak penang yang dah lama di penang .byebye penang .tinggal lah tapak kami dan memori terindah di penang .

Ahad, 23 November 2008

Terima Kasih UiTM Pulau Pinang













Terima Kasih yang teramat sangat kepada semua pensyarah (gambar ini cuma sebahagian sahaja pensyarah ,mintak maaf maaf kepada pensyarah yang tiada dalm gambar ini ,jasamu tetap di kenang sampai mati ) yang pernah mengajar saya ketika berada di UiTM Pulau Pinang ,Ilmu yang mereka ajar akan di gunakan sebaik mungkin ,insyallah .Doakan kami berjaya dalam menempuh perjalan ini dengan penuh selamat dan berjaya ,
Terima kasih juga untuk staff bukan akademik yang banyak membantu saya terutama bahagian juruteknik makmal dalam membantu kami untuk menyiapkan tugasan dan assigment ketika didalam lab ,terima kasih juga untuk staff yang lain yang terlibat secara langsung atau pun tidak
Terima Kasih Semua

Jumaat, 21 November 2008

RENUNGAN BERSAMA.....

Orang yang mementingkan diri
Di antara suami isteri pun berkira
Betapalah dengan orang lain yang tidak ada kena-mengena
Bahkan dengan ibu dan ayah pun sangat berkira
Mementingkan diri boleh membawa pecah-belah di dalam keluarga
Orang yang mementingkan diri sangat mempertahankan haknya
Padahal mengorbankan hak itu dapat pahala
Korbankan hak diri Allah Taala sangat suka
Di sinilah keredhaan Allah kepada hamba-hambanya yang korbankan hak- haknya
Sebagai contoh korbankan kerehatan kerana berkhidmat kepada manusia
Korbankan wang untuk membantu orang-orang miskin yang derita
Mengutamakan orang lain sekalipun kita mendapat kesusahan kerananya
Mendahulukan orang lain waktu membawa kereta, sekalipun jalan kita
Korbankan hak Tuhan suka dan boleh membawa kasih sayang sesama manusia
Bertolak ansur boleh membawa keamanan dan keharmonian di dalam kehidupan
Bertolak ansur ertinya korbankan hak masing-masing punya
Menuntut hak hukumnya hanya harus sahaja
Hari ini manusia hidup di dalam huru-hara
Satu sama lain tidak ada kasih-sayang dan bertimbang rasa
Salah satu sebabnya kerana masing-masing sangat mempertahankan hak-haknya
Kerana mempertahankan haklah manusia hidup di dalam keadaan huru-hara

Selasa, 18 November 2008

Alhamdulillah ( Selesai sudah )

Bersyukur aku berakhir sudah exam untuk sem ini ,harapan untuk sem ini aku dapat lepas semua ini ,bersyukur sangat sebab sem ini susah tapi boleh lah jawap ,betul salah entah lah, berdoaagar semua berjalan lancar
Sem ini juga adalah terakhir di Pulau Pinang selepas ini aku akan berpindah ke Shah Alam Selangor, untuk menyambung study di sana tinggal dua sem je lagi alhamdulillah ,dalam diam dah 2 tahun aku buat degree,tak sabar nak abis nak kerja lak...
Ucapan terima kasih untuk UiTM Penang ,sebab kat sini banyak kenangan aku dari diploma ,rupa-rupanya hampir 5 tahun aku bermastautin di Pulau Pinang ni ,lama gak aku dok Penang ni ,Terima kasih kat pensyarah-pensyarah kat Penang yang banyak membantu aku dari segala segi dalam menempuh kehidupan sebagi mahasiswa di sini ,harapan dengan penghijrahan aku ini ,membuka satu lembran baru dalam kamus hidup aku untuk menempuh dunia baru di tempat yang baru ,hijrah ini mungkin ada hikmah untuk aku
Harapan aku agar aku menjadi lebih baik dari ape yang aku buat di Penang ni
Jumpa di Shah Alam .......

Jumaat, 14 November 2008

IBU.....UMMI......EMAK


Cinta ibu tidak pernah lapuk.
Cinta ibu adalah yang paling baik.
Di sisi ibu adalah tempat yang paling aman.
Hati ibu bagaikan jurang yang di dasarnya selalu ada maaf.
Hati seorang ibu adalah ruang sekolah anak-anak.
Ibu yang yang baik melahirkan suatu bangsa yangbaik juga.
Seorang ibu adalah menghiasi dirinya dengan anak-anak.
Ibu yang baik tidak membiarkan anak-anak hidup tanpa didikan agama.
Ibu yang baik akan memberi makanan halal kepada anaknya.
Ibu yang baik menjaga akhlaknya yang baik untuk ditontonoleh anak-anaknya.
Ibu yang baik sanggup menggadai nyawanya, tapi bukanlah menggadai maruah dan harga diri. Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai......
Sayang Ibu Always

Isnin, 3 November 2008

Tension Betul Aku (.............)

Macam mana nak cerita ,aku pun tak tahu dah tension tak tahu yang aku nak tulis,........pertama aku tension sebab aku baru je lepas exam paper power machines ....fun punye lah payah aku jawap merapu je .entah la doa-doa boleh lepas sudah le..........lepas ni satu azab lagi hehehe (kasar sikit bahasa) sebab paper paling aku takut dan bimbang Advance Electronic harap lepas la jugak berkat study yang sungguh-sungguh boleh la kot ,InsyAllah dengan Izin ALLAH........
Entah hari ni saja je aku nak tulis kat blog ni dah lama aku tak edit blog aku sendiri ..........asyik sibuk je study .....hehehe....takpe untuk masa hadapan ............your future.......
Hari jumaat hari tu makcik aku masuk hospital mujur le takde ape-ape ,mujur cepat bawa hospital kalau tidak doktar kata boleh kena strok .........alhamdulilah makcik aku tak ape-ape........mak kata sihat dah ................risau aku ye lah mereka dah tua-tua ,teringat aku waktu kecil dulu macam kerenah kami yang dia sabar ,aku ni kecik punya lah nakal semua benda aku nak hancurkan ....ye lah zaman kanak-kanak semua nak tau hehehehe , makcik aku leh tempat bermanja ....Kami panggil DE ...semoga Allah panjang kan umur nya dan didalam keadaan sihat ....amin .

Khamis, 23 Oktober 2008

Saat-saat akhir sebelum final........

Aduh.....(mengeluh sekejap) tak sabar nak final exam ni tapi cukup ke persediaan aku nak menempuh peperiksaan ini .Ah persyaitan kan semua itu aku dah sedia jangan ragu-ragu lagi .Ingat pesan mak aku selau berdoa dan ingat kat ALLAH selalu supaya kita berada di landasan yang benar ......teringat mak dan ayah kat kampung (sayang mereka) sorry sem ni tak dapat balik sebab suntuk masa ,selalu aku mesti balik ambil restu ( sorry jugak kat sepupu aku tak dapat pergi kenduri kahwin dia SELAMAT PENGANTIN BARU )......ermm untuk sem ni persedian insyAllah cukup kot cuma aku risau satu subject je ADVAN E takut aku dah le tak cukup masa (subject ni je) sebab gap dia sikit sangat heheh,tapi tak pe mungkin rezeki aku untuk lepas semua kot (usaha lebih sikit) .......berbalik kepada topic asal persediaan aku cuma mungkin aku akan lebihkan study n kurangkan main (tapi bola mesti tengok ) hehehe.....lagi satu petua mak aku solat tu doalah banyak-banyak macam biasa kat sape lagi nak mintak kalau tak kat ALLAH

Tengok serabut meja study ....... tak pe la untuk masa depan biar serabut sekarang jangan masa depan insyALLah ..........harap dengan ketekunan aku dapat le lepas semua kot supaya senang kemudian hari aku.........................amin

Ahad, 12 Oktober 2008

Feringgi Kenangan Terbaru (LEPASKAN TEKANAN)







Hari ni selepas test ESE451 (test dah le susah entah le payah aku nak jawap agak-agak aku test ni berape le aku dapat susah sangat tak jangka pulak keluar second order hish-hish jawap le merapu je aku hahahhahah) mujur lepas test En saiful buat Open House kat rumah dia ,makn sedap le aku hari ni ,huhuhu. Lepas makan aku pergi pen house rumah ali kat teluk bahang lak ,ape lagi dah dekat kat teluk bahang ni alang2 terus pergi feringgi mandi laut ,seronok siot best la lepasla tension sikit haha,

Jumaat, 10 Oktober 2008

GADISKU


Gadisku….
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang teserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang tapi awas….duri yang melingkar dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya…..

Gadisku…….
Aku suka sekiranya kau mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu diri mu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah…Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk . Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ……umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang di letakkan dalam satu bekas yang tertutup….sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun....... segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi “Title” gadis yang engkau miliki, namun sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku....sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan ke arah itu, yang penting gadisku engkau mesti mempunyai azam, usaha dan istiqamah.....

Gadisku.......
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu “tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu, gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada al-quran dan As –sunnah , Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu ....sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...kau harapan ummah dalam melahirkan mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncang dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.........

Gadisku.......
Dalam hidupmu pasti ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitnah semulajadi setiap insan , namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta...........Bercinta itu tak salah tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana , disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana cinta ........... benarlah sabda rasulullah s.a.w yang membawa maksud “sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dan membezakan perkara yang hak dan yang batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah s.w.t........ Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak berharga lalu mengalami satu proses pembentukan yang direncanakan Allah s.w.t........ semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebetan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih sayang kepada penciptanya..........

Gadisku.......
Menyintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk sudah pastinya akan bertambah retak dan terburai tetapi apabila hatimu diserahkan kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali................ Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.......... sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Akhirul kalam , semoga apa yang diungkapkan ini dapat menjelaskan kepadamu iaitu cinta yang hakiki hanyalah cinta kepada yang Esa dan kekasihNya. Dengan ini terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama........

“Cinta manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi dan manusia itu seringkali membuatkan seseorang kecewa, gagal, menderita dan terseksa. Oleh itu , tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu tersendiri.........”

Rabu, 8 Oktober 2008

INSIDE THE STORY 2

ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ Salam Sejahtera

*****************************

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah "Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"
Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.
Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan ketika.
"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya. "Paham cikgu..."
"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.
"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir . Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat,dan lain-lain.
Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet."Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya...Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang...Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sadar.
"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan..."
"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan anda. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "
"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya murid- murid.
"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka
akan bangkit serentak, baru mereka akan sadar".
"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik takala anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan pikiran masing-masing di kepalanya...
RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..
TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!
UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA DIRI!!
JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2 LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.
YA ALLAH, SATUKANLAH UMAT ISLAM...AMIIINN...

Selasa, 7 Oktober 2008

INSIDE THE STORY


Among His proofs is that He created for you spouses from among yourselves, in order to have tranquility and contentment with each other, and He placed in your hearts love and care towards your spouses.In this,there are sufficient proofs for people who think.


AlQuran,30,21

JAHILIAH BARU

Fenomena gejala sosial ini bukanlah satu isu terpencil tetapi ia menjadi isu besar umat dan isu nasional negara yang perlu di cegah dan dirawat.permasalahan hidup remaja ini yang telah di kenalpasti adalah meliputi aspek gaya hidup,akademik,budaya sosial dan kekeluargaan seperti yang disenaraikan :
Gaya Hidup
  • boros berbelanja
  • gaya hidup bebas
  • hedonisme (gila berhibur)
  • westernization(kebaratan /budaya kuning)
  • materealistik/disko /karaoke/kosmatik/ranggi.

Kebajetan Sosial

  • lepak/merokok/dadah/pil khayal/hidu gam/arak
  • lumba haram /rempit
  • seks bebas /zina/bohsia/bohjan
  • pecah rumah /ragut/vandalisme/buli /samseng
  • rogol cabul /lucah/rasuah
  • murtad/maknyah/pengkid/blackmatel/gothic

Akademik

  • hilang motivasi diri
  • hilang tumpuan belajar
  • ponteng/lawan guru
  • masalah disiplin

Kekeluargaan

  • kemiskinan /kemewahan
  • penceraian ibu bapa/kahwin muda/sumbang mahram/penempatan
  • keruntuhan akhlak
  • ekonomi/pekerjaan

PESANAN SEBAGAI SAHABAT

Tiga perkara yang mana manusia tidak perlu malu dalam kehidupan saharian ,perkara tersebut ialah pertama menuntut ilmu jikalau malu untuk bertanya maka rugilah manusia itu dengan kurangnya kefahaman maka dalam kejahilan ah manusia ,kedua jangan malu untuk makan dan minum kerana akan menyebabkan diri dalam keadaan lapar dan dahaga ,tetapi ada batasanya dalam makan dam minum.Yang ketiga ialah jangan malu untuk meminta untuk membuang air besar atau kecil ini kerana akan menjamin kesihatan tubuh badan yang baik.

Isnin, 6 Oktober 2008

SALAM PERKENALAN


Alhamdulih bersyukur ke hadrat ilahi dengan rahmat nya dapat juga aku membuat blogs ,dgn ada bolg ini dapat aku meyuarakan pandangan ,pendapat dan maklumat untuk tatapan bersama dalam meningkatkan ilmu pengatahuan bersama .Di kesempatan ini juga bersama-samalah kita membuat amal makruf nahi mungkar dalam memupuk masyarakat untuk lebih sedar dan celik minda dalam dunia tanpa sempadan.Blog ini akan membincangkan pelbagai isu yang boleh diterima oleh masayrakat umun tak kira berkaitan apa sahaja asalkan kepentingan ilmu di utamakan dlam setiap perbincangan .Jika ada kesilapan dalam penulisan yang aku buat atau aku ambil dari mana-mana laman web untuk bacaan umun ,bacalah untuk ilmu ,kerana ilmu itu penting untuk khalifah yang bernama manusia .