Gadisku….
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk adam yang bengkok, menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu namun…tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang teserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang tapi awas….duri yang melingkar dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya…..
Gadisku…….
Aku suka sekiranya kau mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu diri mu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah…Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk . Ingatlah bahawa ciri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah ……umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang di letakkan dalam satu bekas yang tertutup….sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi yang terdedah. Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam. Namun....... segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi “Title” gadis yang engkau miliki, namun sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada. Namun ingatlah gadisku....sesiapa yang inginkan kebaikan, maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan ke arah itu, yang penting gadisku engkau mesti mempunyai azam, usaha dan istiqamah.....
Gadisku.......
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu. Sesungguhnya nabi ada mengatakan tentang bahaya dirimu “tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita”. Oleh itu, gadisku setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada al-quran dan As –sunnah , Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu ....sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam...kau harapan ummah dalam melahirkan mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncang dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.........
Gadisku.......
Dalam hidupmu pasti ingin disayangi dan menyayangi. Itulah fitnah semulajadi setiap insan , namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta...........Bercinta itu tak salah tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana , disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai. Gejala murtad serta keruntuhan moral muda mudi sebahagian besarnya kerana cinta ........... benarlah sabda rasulullah s.a.w yang membawa maksud “sesungguhnya cinta itu buta”. Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dan membezakan perkara yang hak dan yang batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah s.w.t........ Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak berharga lalu mengalami satu proses pembentukan yang direncanakan Allah s.w.t........ semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebetan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih sayang kepada penciptanya..........
Gadisku.......
Menyintai Allah dan rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta yang hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk sudah pastinya akan bertambah retak dan terburai tetapi apabila hatimu diserahkan kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali................ Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.......... sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat. Akhirul kalam , semoga apa yang diungkapkan ini dapat menjelaskan kepadamu iaitu cinta yang hakiki hanyalah cinta kepada yang Esa dan kekasihNya. Dengan ini terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama........
“Cinta manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi dan manusia itu seringkali membuatkan seseorang kecewa, gagal, menderita dan terseksa. Oleh itu , tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu tersendiri.........”
1 ulasan:
sapa lar "gadisku" itu?????...hehe
hg ceduk mna post nih?pjg gla, aku bc separuh ja..he
Catat Ulasan