Isnin, 28 Jun 2010

Cerita Kehidupan 4

Wah penat aku hujung minggu penuh aktiviti yang berfaedah.....malam sabtu aku main badminton dengan rakan-rakan kerja ...sunguh seronok.....lepas itu tengok bola world cup .....hilang letih....mujur spain menang....keesokanya ada aktiviti pertandingan bowling anjuran kelab sukan dan rekreasi Leadcom (M) Sdn Bhd.Sangat seronok ....aku team dengan Kak Wan ,Wan K dan aku...nasib kumpulan kami tak menang ...huhuhuhu....yang penting kerjasama....huhuhu....paling best mengeratkan hubungan dengan staf-staf yang lain....selepas selesai main bowling semua staf pergi gerak rumah En Hayat (Staf Leadcom) ada kenduri kahwin anak dia ....sedap ler makn ...selepas kepenatan main bowling......Petang dalam pukul 3 aku lepak rumah..sementara menungu akak aku habis kerja.....petang dalam pukul 6 gerak balik kampung...Rindu Kampung sebab lama tak balik...(Dalam pukul 4 aku dapat sms dari seorng staf Leadcom tuduh aku ambil hanset dia...aku terkedu berat sungguh tuduhan 2...aku tak boleh terima...aku sabar jer la dan senyap jer....yang penting aku tak ambil...aku tahu halal haram.....senang-senang nak tuduh aku ....aku tahu aku tak mampu pakai...tapi aku tahu dosa pahala...cuba la cari dulu ni main tuduh jer...after 20 minit aku dapt masej minta maaf cakap tersilap tuduh....wah-wah senang-senang jer minta maaf ...dalam kepala aku ni....jenuh fikir ape lah salah aku...tahu la aku tumpang kereta dia tapi jangan lah tuduh-tuduh......last ucap sorry jer.....sebab adik dia aku kena tuduh....sabar jer la faiz...dunia ada kala kita di uji dengan pelbagai keadaan.....tapi ujian ini berat sekali .......dah la malas aku nak fikir...) Selepas akak aku habis kerja kami terus gerak balik kampung.....sampai dalam pukul 10 mlm ....sempat la tengok Korea vs Uruguay......
Ahad takde aktiviti sangat lepak kat rumah jer ...tolong mak ayah..... aku basuh kereta ....and jalan pergi pasar ahad ....nak merasa sup din tak kesampaian sebab dia tak berniaga...takde rezeki....huuhuuhu..janji dapt cendol ok la.....
pukul 6 gerak balik Shah Alam....sampai dalam kol 10 kat shah alam.

Khamis, 24 Jun 2010

Cerita Kehidupan 3


Di kesempatan ini aku nak cerita sikit pengalaman aku kerja dengan orang-orang berpengalaman (bukan tua berumur sahaja) macam-macam maklumat aku dapat ,nasihat ,teguran dan yang paling penting ilmu yang aku rasa amatlah berguna....bukan semua sama macam-macam pandangan yang berbeza ada kata macam ini ,ada kata macam ini ..tapi sebenarnya adalah lah sama cuma jalan atau cara kerja seseorang berdasarkan pengalaman...bayangkan dah kerja lama mesti mahu guna cara yang biasa ..kalau saya pun macam itu juga...masalahnya cuma cara baru tak diterima dan juga kenapa menafikan idea orang-orang muda....kita tahu mereka banyak pengalaman tapi sekurang-kurangnya beri peluang kita terangkan cara kita...tercapai matlamat untuk tunjuk bakat....huhu....baru lah best kerja banyak maklumat...anyway bestla sebab aku dah bnyak dapat info menarik untuk di ketengahkan dan paling best kau rasa sampai sekrang seorang senior engineer telah menerangkan kat aku.dialogberbunyi macam ni la(..ko belum kawinkan....aku nak bagi nasihat sikit la...kalau nak pilih isteri tengok mak dia macam mana ....kalau ko tengok mak dia dah tua pun ok ..insyAllah ok..sebab anak perempuan ni banyak turun ikut mak....ko nak kekal lama ) aku senyap jer la...dengar jer...fikir-fikir balik ada logik juga ...tapi jodoh ni semua ketentuan Allah berserah jer la.....ni lah cerita orang lama...yang aku dapat.....nanti aku cerita lagi.....

Selasa, 22 Jun 2010

Cerita Kehidupan 2

Nak sambung balik cerita yang aku nak tulis ...dah seminggu aku menunggu akhirnya keluar jugak kereta pertama aku (21jun 2o1o Saga BLM)....semakin bertambah lah bebanan yang terpaksa ku pikul untuk membayar kereta.Dunia sekarang semua mahu merasa kemudahan dengan berhutang kalau tak berhutang tak dapatla merasa....niat aku hnya untuk kesenagan mak ayah aku, aku cuma nak berbakti pada mereka bg mereka merasa la pulak.Ber syukur pada Allah kerana Dia aku dapt beli kereta walaupun hutang...(bertambahla hutang aku keliling pinggang )yang penting semua untuk ibuayah..selagi anak mu mampu akan ku penuhi permintaan ibu ayah...semoga mereka berasa gembira.Jasa mereka tak terbalas hingga akhir hayat ....hanya yang termampu anak mu penuhi...reda mu reda Allah yang esa.Doakan anak mu semakin murah rezeki....

Jumaat, 18 Jun 2010

Cerita Kehidupan

Dimasa terlapang ini saja aku hendak menulis diblog yang tak seberapa ini...aku just nak cerita kehidupan aku sekarang ..seronok lah bila sudah pegang duit sendiri ini .Macam-macam aku lalui ...kehidupan ini penuh mencabar.....seronok tapi mencabar lah jugak yang penting Allah tahu niat hati aku ....dalam diam dah hampir setengah tahun aku kerja selepas habis study....sungguh berbeza kehidupan belajar dengan kerja...masa study dulu nak sangat kerja...bila dah kerja rasa nak study.....tapi itu just perancangan ....perancangan manusia siapa boleh tahu....rancang-rancang tapi semua ketetapan Allah. Dunia pekerjaan yang aku nanti rupanya banyak kesukaran tapi bila kita pandai menguruskan amatlah seronok....masa mula-mula kerja...rasa amat beban sangat-sangat....tak tahu kenapa sebab mungkin masa study dulu relaks jer kot.....dah kerja semua kena siap on time .......aku bersyukur dapt Bos yang baik hati.....janji kerja aku siap.....
Kehidupan sekarang pun penuh bebanan tapi harap aku dapt mengatasinya...Allah tahu aku kuat untuk memegang semua itu...janji amanah perlu dijaga.Kehidupan pun dah berubah.....keluarga sekarang menjadi tamggungjawab aku pulak untuk membalas jasa-jasa ayah dan ibu...walaupun aku tahu tak terbalas jasa mereka.....aku cuba untuk menyenangkan hati mereka dengan semampu aku...Allah kuatkan Hambamu...walaupun kadang-kadang aku lupa kepada Mu Ya Allah...

Jumaat, 11 Jun 2010

The TEN commandments success


1.Speak to people:there is nothing as nice as a cheerful greeting
2.SMILE:it takes 72 muscles to frown-only 14 to smile
3.Call people by name:everyone is pleased when you remember their name
4.Be friendly & helpful:and others will respond in like....
5.Speak & act:as if everything you do were a genuine pleasure
6.Be genuinely:interested in people
7.Be generous:with praise-cautious with criticism
8.Be considerate:with the feelings of others,it will be appreciated
9.Be thoughtful:of the opinions of others,there are 3 sides to any controvercy-yours
the other persons & the right one?
10.Be willing:to give service,what counts most in life is what we do for others


Pinjam Dari Seseorang....Untuk renungan Bersama

Khamis, 10 Jun 2010

Kembali Semula InsyAllah

Dah lama tak menulis di blog aku sendiri....hampir terlupa password nak masuk .....ya Allah aku terlupa untuk menukil sedikit coretan untuk berkongsi bersama didalam blog ini.Semakin aku tinggal kan blog ni dah macam-macam perubahan sebab dah lm tak tengok insyAllah selepas ni aku cuba untuk berkongsi seberape banyak maklumat dan cerita untuk pengisian bersama.