Aku rasa terpanggil untuk menulis apa yang aku baca dalam MILENIA keluaran Ogos ,ini sebuah puisi
Asal usul kejadian manusia dari tanah
Kejadian kedua dari air mani
Jika dikaji ,hina sungguh manusia ini
Tanah dipijak-pijak oleh manusia saban hari
Air mani pula keluarnya dari saluran yang najis
Tetapi manusia menjadi istimewa
Setelah diberi tuhan nyawa
AKAL membolehkan manusia berfikir
Sama ada yang baik atau yang buruk
NAFSU pula membolehkan manusia berfungsi
Sama ada yang jahat atau yang baik
ROH hidupnya menurut kehendak yang baik
Dan kerap menolak yang tidak baik
JASAD pula mengikut sahaa apa yang diperintah
Oleh Akal ,Nafsu dan Roh
Unsur-unsur inilah menjadikan manusia
Berfungsi sebagai makhluk tuhan yang mukallaf
Yang Wajib menyembah Tuhan
Dan wajib pula mendirikan syariat Tuhan
Empat Unsur ini tidak ada pada haiwan
Tetapi ada pada Makhluk Tuhan yang lain
Seperti malaikat-malaikat dan jin-jin
Akal perlu diasah
Nafsu perlu dididik
Roh perlu digilap
Dan jasad anggota yang sangat setia
Kejadian manusia dijadikan iktibar
Agar manusia datang rasa sabar
Tuhanlah yang khabar
2 ulasan:
waaa paiz, makin maju penulisan hg eh,blog pn dh b++ seri..c0grat2...teruskn usaha anda..he..gambatte!!!
thank...
Catat Ulasan