Rabu, 26 Ogos 2009

JANGAN MENCARI TERLALU “SEMPURNA”




Jika kamu memancing ikan……
Setelah ikan itu terlekat di mata kail……
Hendaklah kamu mengambil ikan itu……
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula kedalam air begitu sahaja…….
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya……
Ketajaman mata kail kamu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup……

Begitulah juga……

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang ……
Setelah ia mulai MENYAYANGI kamu……
Hendaklah kamu MENJAGA hatinya……
Janganlah sesekali kamu terus MENINGGALKANNYA begitu saja……
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu……
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia masih mengingati kamu……

Jika kamu MENADAH air biarlah berpada……
Jangan terlalu berharap pada takungannya dan menganggap ia begitu teguh……
Cukuplah sekadar untuk KEPERLUANMU sahaja……
Kerana apabila ia mulai RETAK ….tidak sukar untuk kamu menampal dan memperbaikinya semula……
Dan bukannya terus dibuang begitu sahaja……

Begitulah juga……

Jika kamu sedang memiliki seseorang…. TERIMALAH dia seadanya……
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan mengganggapkan dia begitu istimewa……
Anggaplah dia manusia biasa……
Kerana apabila dia melakukan KESILAPAN …. tidaklah sukar untuk kamu MEMAAFKANNYA dan MEMBOLEHKAN hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhir hayat
Dan bukannya MENGHUKUMNYA dan MENINGGALKAN dia begitu sahaja kerana kamu merasa terlalu kecewa dengan sikapnya
Lalu semuanya akan menjadi TERHENTI begitu sahaja……


Jika kamu MEMILIKI sepinggan nasi……
Yang kamu pasti baik untuk diri kamu……
Yang MENGENYANGKAN dan BERKHASIAT ……
Mengapa kamu berlengah lagi? Cuba mencari makanan yang lain……
Kerana terlalu ingin mengejar KELAZATAN ……
Kelak, nasi itu akan BASI sendiri dan kamu sudah tidak boleh menikmatinya lagi……
Kamu akan MENYESAL ……

Begitulah juga……

Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN ……
Yang kamu pasti boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu……
MENYAYANGIMU ….. MENGASIHIMU ….dan MENCINTAIMU ….
Mengapa kamu berlengah lagi?
Cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain……
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN ……
Kelak, dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain……
Kamu juga yg akan MENYESAL dan tidak ada gunanya lagi……

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN kerana ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna, sedangkan jika kita boleh memaafkan KESILAPAN orang yang kita sayang dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI …kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA …itu lebih BERMAKNA !

“Begitu hidup ini tiada yang abadi yg patah Kan tumbuh yang hilang Kan berganti, namun yang berganti tidak mungkin sama seperti yang hilang”

__,_._,___

Khamis, 20 Ogos 2009

Salam Ramadhan

Ramadhan Kembali...akhirnya bertemu kembali bulan yang di nanti-nanti oleh aku....syukur ke hadratilahi....dia memberi kesempatan kepada hambanya ni untuk bertemu lagi dengan bulan berkat dan mulia....Dikesempatan ni aku nak memohon maaf andai ada kesilapan yang aku pernah aku lakukan maaf andai tersilap....


"Wahai manusia, sesungguhnya kamu dinaungi oleh bulan yang sentiasa besar lagi panuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan; bulan yang Allah telah menjadikan puasaNya suatu fardhu dan qiyam di malam harinya suatu tatawwu'(sunat) . Barangsiapa mendekatkan dirinya kepada Allah dengan suatu pekerjaan kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan suatu fardhu di bulan yang lain. Dan barangsiapa yang menunaikan suatu fardhu di dalam bulan Ramadhan maka samalah dia dengan orang yang mengerjakan 70 fardhu di bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedang sabar itu pahalanya adalah syurga. Ramadhan itu adalah bulan memberikan pertolongan dan bulan Allah memberi rezeki kepada para mukmin di dalamnya. Barangsiapa memberi makanan berbuka di dalamnya kepada seseorang yang berpuasa, adalah yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dia dari neraka. Orang yang memberikan makanan berbuka puasa, baginya pahala seperti pahala orang yang mengerjakan puasa itu, tanpa dikurangkan sedikitpun."



Perjalani ini terlalu jauh
Langkah bagai meniti buih
Tak bisa menjanjikan
Antara kebahagia dan kedukaan
Terselit di kalbu

Begitulah antara dua jiwa
Nafas dan udara adalah jodoh
Antara kita tersua
Dan akhirnya...
Itulah cinta kita
Adam dan Hawa

Namun kita ada kekurangan
Kau dan aku
Telah ditakdirkan
Terpaksa meleraikan pautan
Walau pun payah
Inilah realiti kita

Jumaat, 14 Ogos 2009

Selamat Hari Jadi untuk Emak Tersayang

Assalamualikum....di pagi hari ini aku teringat hari ini merupakan hari jadi emak aku yang ke 56.....ermmm pagi2 aku nak telepon mak nak wish kat dia.... .....tapi dia tanya pasal per....pagi2 tepon ni.....dia tak ingat hari jadi dia kot....last-last aku wish je...SELAMAT HARI LAHIR IBU
Terima kasih emak.....aku bersyukur di emak yang sangat memahami aku....macam kerenah aku..dia sabar je....sungguh bertuah aku......dari kecil sampai ler sekarang dia lah tempat aku menceritakan segalanya...ibu kaulah ratu hatiku....tanpa mu aku tak melihat alam fana ini.....tak terbalas jasamu .....aku mengharap agar engkau sihat dah sejahtera selalu....amin



Rabu, 12 Ogos 2009

Influenza (Dugaan Allah)

Aku serabut la.....badan rasa lain jer....dah ler kepala agak2 pening-pening dengan pulak selsema..aik entah ler...dah makan ubat tapi ok lagi....takde ape yang perlu di risau pun walau pun bermacam-macam kes H1N1..dengar citer fakulti aku dah 2 orang positif H1N1 tapi yang kena selsema ramai la....tengok sekarang semua pakai penutup mulut jer....mesti benda ni dah merebak dah....aku berharap aku tak kena la benda 2....selsema 2 biasa la....mintak jauh kan sangat...bak kata kawan aku abidah ( Insyalah takde ape.....kita kan solat...dalam sehari kita cuci ( berwuduk ) lima kali sehari...makna nya insyallah di jauhkan dari bencana itu).....betul gak kata kawan aku ni.....tapi aku teringat satu cerita ustaz masa sekolah dulu ,,,dia cakap kalau bala Allah ni tak memilih ,org beriman ker ,orang baik ker, semua kena Allah bagi peringatan..kat hambanya agar kita lebih bersyukur dan menilai apa yang Allah uji hambanya.
Erm entah la...semakin hari semakin risau aku di buatnya kes macam ni.....ari 2 aku g ceramah Prof Dr Harun Din kat masjid negeri.....macam-macam beliau kupas kan tetapi aku tertarik pada satu kenyataan beliau tentang isu H1N1 ,beliau menyenaraikan 5 significant terjadi benda macam ni berdasarkan ayat alquran ,
  • Allah anugerahkan jalan penyelesaian dengan ketakwaan yang sebenar.
  • Allah janji bagi rezeki setiap manusia .
  • Allah permudahkan segala kesusahan mereka
  • Allah buang segala kejahatan daripada Hambanya
  • Allah besar dan gandakan pahala kepada mereka
Dari situ aku faham sebab Allah sayang hambanya lah belaiu menguji keimanan hambanya dengan segala macam cabaran dan rintangan di sebabkan ada benda tersembunyi yang Allah janjikan.....
Fikir-fikirkan

Selasa, 11 Ogos 2009

9 jenis anak setan..


Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar! hasutan mereka.

Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.


Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan


1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.


2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk
terhadap Allah.


3. A'awan

Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama.


4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).


5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.


7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk
ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).


8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.


9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.



Selasa, 4 Ogos 2009

Fikrah (Kejadian Manusia)


Aku rasa terpanggil untuk menulis apa yang aku baca dalam MILENIA keluaran Ogos ,ini sebuah puisi


Asal usul kejadian manusia dari tanah
Kejadian kedua dari air mani
Jika dikaji ,hina sungguh manusia ini
Tanah dipijak-pijak oleh manusia saban hari

Air mani pula keluarnya dari saluran yang najis
Tetapi manusia menjadi istimewa
Setelah diberi tuhan nyawa

AKAL membolehkan manusia berfikir
Sama ada yang baik atau yang buruk

NAFSU pula membolehkan manusia berfungsi
Sama ada yang jahat atau yang baik

ROH hidupnya menurut kehendak yang baik
Dan kerap menolak yang tidak baik

JASAD pula mengikut sahaa apa yang diperintah
Oleh Akal ,Nafsu dan Roh

Unsur-unsur inilah menjadikan manusia
Berfungsi sebagai makhluk tuhan yang mukallaf
Yang Wajib menyembah Tuhan
Dan wajib pula mendirikan syariat Tuhan

Empat Unsur ini tidak ada pada haiwan
Tetapi ada pada Makhluk Tuhan yang lain
Seperti malaikat-malaikat dan jin-jin

Akal perlu diasah
Nafsu perlu dididik
Roh perlu digilap
Dan jasad anggota yang sangat setia

Kejadian manusia dijadikan iktibar
Agar manusia datang rasa sabar
Tuhanlah yang khabar







Isnin, 3 Ogos 2009

Fikir Sejenak (Kemana Hilangnya Keintelektualan Orang Melayu)



Tertarik aku baca artikel dari majalah MILENIA keluaran Ogos ....penulis artikel ini adalah saudara Mohd Sukki Othman ,artikel ni membuat aku tersedar dari lena macam ditujukan kat aku je .Didalam atikel ini dicerita kan bagaimana keagungan cendiakawan melayu pada zaman dahulu yang mana kita tidak tahu atau sahaja buat lupa mereka....kenalkah kita pada Muhammad Idris ,Pendeta Zabba dan ramai lagi (aku pun tak tau sangt pasal karya mereka tapi yang aku kenal zabba 2 pun sebab ada pernah dengar nama dia)..tokoh yang semakin dilupakan ...penulisan mereka amatlah berkesan dan releven sehingga kini .
Di dalam artikel ini di tekankan bahawa zaman dahulu unsur penulisan amat penting untuk generasi kini sebagai rujukan masa kini,sumbgan penulisan cendiakawan melayu amatlah releven sehingga kini .Hal ini menunjukkan betapa orang melayu tidak kurang hebatnya dari sudut keintelektualan yangberjaya memberi sumbangan yang amat kepada kita hingga hari ini.....( Itu lah melayu hebat tapi sekarang macam dah hilang taring.....saper yang salah sebenarnya...fikir-fikirkan)
Sebaliknya apa ynag berlaku hari ini ,golongan melayu kini amatlah kurang menghasilkan karya yang bagus dan berguna untuk generasi masakan datang....ada penulisan yang di hasilkan tetapi tidak memberi kesan yang amat dalam untuk kegunaan....orang lain
Dan lebih malang lagi golongan melayu muda mudi kini lebih terpengaruh dgn budaya hedonisme yang semakin melular...aku pun suka gak hiburan ....terasa gak aku bila baca artkel ni....
Dalam artikel ni juga ada ditulis pasal golongan muda yang lebih mengenali artis adari dolongan cendiakawan ....penulis menyatakan kesilpan media yang lebih suka membuat berita sensasi dari keilmuan .....ada betul juga tengok lah setiap akhbar arus perdana mesti ada slot untuk hiburan setiap hari....di mana silap nya
Dan diakhir penulisan penulis mengajak kita bermuhasabah diri dan melakukan anjakan untuk mengembalikan keintelektual orang melayu ketahap yang lebih bagus....

Sabtu, 1 Ogos 2009

Generasi Salahuddin Al Ayubi

assalamulaikum......
aku nak citer pasal ceramah yang aku hadiri...,pada jumaat lalu kat masjid negeri...
ermm tajuk cukup best.....
PEMBINAAN GENERASI BARU UMAT ISLAM
MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA GENERASI SALAHUDDIN ALAYUBI
ahli panel pun best gak ....Prof Dr Sidek Baba and Prof Dr Razali Nawawi
mederator ialah Syed Munawar
banyak isu2 yang di bincangkan dalm konteks generasi sekarang berdasarkan generasi salahuddin
paling best banyak isu yang menyedarkan kita mengapa umat islam sekarang amatlah lemah dalam segala aspek....
huraian yang cuba panel ceritakan adalah berdasarkan kekeurangan umat islam
yang begitu terpengaruh dengan budaya dan cara hidup barat....
tamadun barat menjadi ikutan sekarang
meraka juga menekan aspek dakwah yang begitu kurang dalam situasi yang penuh mencabar.umat islam hari ini lebih pentingkan keadaan yang suka tidak melibatkan diri dengan orang lain maksudnya suka bersendiri dari memasuki dalam kehidupan bermasyarakat....betapa jahil nya umat isla kini ....mereka berkata beriman tetapi tidak menyayangi saudara sendiri....
tegurlah umat islam lain......tolonglah umat islam ...hanya itu saja jalan untuk kita saling bantu membantu.....selain itu ahli panel juga menekan kan aspek ilmu......ilmu sekrang banyak yang kita hanya pelajari tapi konsep meghayati dan amal amatlak kurang contoh yang di beri adlah solat....semua belajar solat di sekolah......tapi secara meyeluruh adkah kita megamalkan ilmu itu begitu juga ilmu- ilmu lain yang kita pelajari.......setakat belajar sahaja kan jada sia-sia kalau tak di amalkan .....
ahli panel juga menekan aspek penulisan umat islam yang begitu kurang ...kita banyak menerima ilmu dari luar tapi kurang mengkaji.....ingat ilmu yang barat hasilkan adalah berdasarkan dari sarjana-sarjana islam
mereka dalah perintis segala ilmu seperti al-khawarizmi,ibnu sina .ibnu khaldun.....jasa mereka amatlah penting kepada umat islam....
selain itu ahli panel juga menekan kan aspek rohani yang amat jauh bezanya dengan generasi dahaulu dgn sekarang.....mereka dahulu sungguh kuat aspek rohani.....solat tahjud...solat taubat setiap hari....solat wajib tak pernah tinggal..hari ini umat islam jauh ketinggalan aspek yang penting pu susah untuk di capai apatah lagi aspek yang lain...
kesimpulan apa yang boleh dirumuskan ada lah kembalilah keajran islam yang sebenar...
berpeganglah kepada AL QURAN dan HADIS ....insyallah umat islam akan cemerlang.....

sedikit info tentang salahuddin al ayubi
menjadi menteri ketika berumur 32 tahun.....ingat pemuda adalah tonggak negara
nama asal nya ialah yusuf bin ayyub
mati dengan meninggalkan 47 dirham dan satu dinar...betapa bagusnya pemimpin begini