Khamis, 16 April 2009

Tuan Guru Ghazali Batu 26: Penasihat Sultan Perak

Mohd Fadli Ghani
Mon | Apr 13, 09 | 2:40:12 pm MYT

SALAH seorang ulama besar Perak yang bersama-sama mengasaskan PAS pada 1951 selain Mufti Haji Ismail Hamzah, Sheikh Zubir al-Filfulani, Mufti Haji Ghazali Abdullah, Tuan Guru Haji Mohd Arshad Mohd Salleh dan Tuan Guru Haji Abdul Samad Nuh ialah Tuan Guru Dato� Haji Ghazali Arshad atau lebih masyhur namanya sebagai Tuan Guru Haji Ghazali Batu 26.


Penglibatan para ulama terkenal ini dalam PAS telah meletakan PAS sebagai sebuah parti yang berpengaruh di Perak dan negeri ini menjadi kubu kuat PAS pada dekad 1950-an.

Tuan Guru Haji Ghazali walaupun lebih terkenal kerana institusi pendidikannya di Batu 26, Bagan Datoh dan kegiatan dakwah beliau sebagai penasihat Sultan Perak dalam soal agama, beliau sebenarnya pakar rujuk PAS dalam soal hukum agama.

Tuan Guru Haji Ghazali bin Arshad bin Muhamad Rashid bin Sheikh Mansur telah dilahirkan di Pasir Panjang Laut, Setiawan Perak pada 13 Rabiul Akhir 1319 Hijriyah (1901).

Moyangnya Sheikh Mansur berasal dari Yaman, manakala ibunya, Hajah Puteri Madinah Mat Saman berketurunan Megat Terawis, pahlawan Perak yang terkenal itu.

Walaupun bapanya tinggal di luar bandar tetapi mempunyai kesedaran agama yang tinggi kerana di sekitar Setiawan ketika itu terdapat beberapa orang ulama seperti Kadi Haji Alias Hussein (ayahanda Dr Haji Abbas Alias, bekas Yang Dipertua Agung PAS) dan Kiyai Haji Abdul Latif Abdul Hamid (ayahanda Ustaz Baharuddin Latif, bekas Setiausaha Agung PAS).

Pada awalnya, Haji Ghazali dihantar belajar di Sekolah Melayu Pasir Panjang Laut selama lima tahun. Pada 1912, beliau dimasukkan ke Pondok Lubuk Merbau, kemudian berhijrah ke Kedah kerana berguru dengan Tuan Hussin Kedah di Pondok Bagan Ulu, Pantai Merdeka dan Pondok Selengkoh, Sungai Limau, Yan. Setelah itu, beliau mengambil masa lima tahun lagi untuk mendalami ilmu agama di Madrasah al-Masriyah, Tanah Liat, Bukit Mertajam di bawah bimbingan Sheikh Salleh Masri sehingga 1919.

Setelah pengajian peringkat asas ditamatkan, Tuan Guru Haji Ghazali bertolah ke Makkah kerana mahu menambahkan lagi ilmu agamanya. Di Makkah beliau mengambil kesempatan untuk menadah kitab dengan ulama-ulama di Masjidil Haram.

Dalam masa yang sama, Haji Ghazali telah memasuki Madrasah Shaulatiyah al-Hindiyah, sebuah pusat pendidikan Islam yang terkenal di Makkah ketika itu dan dikendalikan oleh ulama-ulama anti-British dari India.

Selepas empat tahun, beliau lulus Syahadah Nihayah pada 1926. Haji Ghazali tidak terus pulang, sebaliknya menyambung pengajian dalam halaqat ulama di Masjidil Haram dan pusat pengajian lain di Makkah sehingga 1930. Antara gurunya di Makkah ialah Sheikh Hassan al-Masyat, Pak Da Ail al-Fathani, Sheikh Muhammad Ali al-Maliki, Sheikh Ahmad Khurasan, Tuan Guru Haji Abdul Rahman Merbok, Sheikh Harun Kambang Minangkabau, Syed Hussin Abdul Nabi, Sheikh Ibrahim Zaidan dan Sheikh Mokhtar Atarid.

Selepas 11 musim haji menggali ilmu di Makkah, barulah beliau pulang di Malaya. Beliau dikatakan alim dalam ilmu balaghah, mantik, falakiah, tafsir, hadis dan fekah. Selepas kembali ke Tanah Melayu, Haji Ghazali menyambung pengajiannya dengan Tuan Hussin Kedah di Pondok Pokok Sena, Seberang Prai dan sempat bersama dengan Tuan Guru Haji Ahmad Tuan Hussin, bekas Bendahari Agung PAS.

Sebaik sahaja pulang ke Perak, Haji Ghazali telah melangsungkan perkahwinan dengan Hajah Zabedah Haji Salleh. Ketika itu juga, beliau memasang tekad untuk membuka pusat pengajian sendiri. Dengan menggunakan bangsal kendurinya, beliau mengasaskan Madrasa ad-Diiniah di Kampung Matang Kunda, Bagan Datoh iaitu di rumah mentuanya.

Penubuhan ini disokong kuat oleh iparnya, Haji Arshad Haji Salleh sehingga Haji Ghazali menamakan madrasah tersebut sebagai Madrasah Irshadiyah Diiniyah. Di peringkat awal madrasah ini mengajarkan ilmu-ilmu asas Islam seperti fiqh, usuluddin, akhlak, tajwid dan bahasa Arab.

Bagaimanapun pada 1935, madrasah ini telah berpindah ke Hujung Matang atau sekarang ini lebih dikenali sebagai Batu 26, Bagan Datoh. Sejak itu, Tuan Guru Haji Ghazali menghabiskan perjuangannya membangunkan generasi baru Islam di madrasah ini seingga akhir hayatnya.

sembah derhaka

Nama Haji Ghazali terkenal dengan cepat di Perak selepas pembukaan madrasah ini. Hal ini menarik perhatian Sultan Iskandar Alang Shah. Pada 1935 baginda mahu melantik beliau sebagai guru agama kepada Sultan Perak. Bagaimanapun beliau memohon sembah derhaka dengan menolak permintaan Sultan itu.

Haji Ghazali kemudian dilantik oleh Sultan Perak sebagai Ahli Majlis Ulama Perak pada 1936. Bagaimanapun kegiatan dakwah beliau terganggu pada 1942 ekoran meletusnya Perang Dunia Kedua yang menyebabkan keluarganya terpaksa berpindah ke Sungai Manik.

Pada 1946 madrasah ini dibuka semula dan menerima pelajar dari seluruh negara. Pada 1960, Haji Ghazali telah mengetuai jawatankuasa yang dianggotai oleh pelajar-pelajar untuk mencari dana bagi membina bangunan baru. Akhirnya pada 1970, madrasah ini berwajah baru dengan nama Sekolah Menegah Agama Irshadiyah Persendirian, dan pada 1998 madrasah ini diambil alih oleh Kementerian Pelajaran.

Sekolah Menegah Agama Irshadiyah telah memperkenalkan sistem pembelajaran agama dan Arab pada sesi pagi, manakala kelas akademik di sebelah petang. Sijil keluaran madrasah ini, iaitu Syahadah Thanawi telah mendapat pengiktirafan Universiti al-Azhar.

Dalam pada itu juga, madrasah ini telah menjadi pusat kegiatan Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) semenjak awal 1960-an lagi.

Selain memberikan tumpuan kepada kegiatan dakwah khassah di madrasah ini, beliau juga memberi tumpuan kepada dakwah am seperti mengajar di masjid-masjid dan terlibat dalam kegiatan masyarakat.

Kerana keilmuan beliau, pada 1964 Sultan Perak telah menawarkan beliau jawatan Mufti Perak, tetapi beliau sekali lagi memohon sembah derhaka menolak tawaran itu kerana ingin memberi tumpuan kepada madrasahnya.

Pada 1976, beliau dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Menilai Darjah Kealiman Calon-calon Mufti Kerajaan Negeri Perak yang memilih bekas Imam Besar Masjid Negara, Haji Ghazali Abdullah yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Agung PAS sebagai Mufti Perak pada 1977.

Selain kgiatan dakwah ini, Haji Ghazali juga terlibat dalam kegiatan politik semenjak di Makkah lagi. Beliau sebagi pelajar lepasan Madrasah Shaulatiyah mempunyai semangat antipenjajah yang kuat. Kerana itu, beliau mendukung perjuangan Hizbul Muslimin pada 1948 dan terlibat secara aktif dalam Majlis Ulama Hilir Perak. Majlis ini bertanggungjawab mencadangkan kepada Umno supaya mengadakan Persidangan Ulama Se-Malaya pada 1950.

Setelah Persatuan Ulama Se-Malaya ditubuhkan pada 23 Ogos 1951, Haji Ghazali menjadi salah seorang pengasas PAS apabila beliau turut menyertai Persidangan Persatuan Ulama Se-Malaya di Butterwoth pada 24 November 1951. Dalam persidangan ini nama persatuan ini diubah kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS).

Haji Ghazali tidak pernah memegang jawatan tinggi dalam PAS kerana memberikan tumpuan kepada madrasahnya. Namun begitu, beliau telah menjadi tempat rujukan pimpinan PAS dalam hukum-hakam agama. Pada 1962, beliau dilantik menganggotai Jawatankuasa Tarjih Dewan Ulama PAS Pusat, iaitu sebuah jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam soal hukum agama seumpama majlis fatwa PAS.

Penlibatan Haji Ghazali bersama PAS berterusan sehingga akhir hayatnya walaupun beliau tidak menonjol dalam kepemimpinan parti. Selepas bersara daripada kegiatan pendidikan kerana usia lanjut, Haji Ghazali mentelaah kitab-kitab agama di sebuah pondok berhampiran Madrasah Irshadiyah.

Kerana sumbangan besar beliau dalam dunia dakwah dan pendidikan, pada 1989 Tuan Guru Haji Ghazali dianugerahkan sebagai Tokoh Ulamak Silam oleh UKM, diikuti oleh anugerah Tokoh Maal Hijrah Hilir Perak (1989), Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak (1990) dan anugerah Dato� Paduka Mahkota Perak (DPMP) oleh Sultan Perak pada 1992 yang membawa gelaran Dato�.

Lima tahun kemudian, iaitu pada 10 Mei 1997, Tuan Guru Dato� Haji Ghazali Arshad telah meninggal dunia dalam usia 98 tahun. Antara muridnya yang terkenal ialah Tuan Guru Haji Abdul Samad Noh, Ketua Dewan Ulama PAS, Tuan Guru Haji Hashim Abu Bakar (Mudir Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan) dan Prof Madya Dato� Salleh Haji Ahmad, bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang juga bekas Ahli Majlis Syura Ulama PAS.- tajdid_

final exam .......pray for me

Assalamualikum .......dah lama aku tak menulis and merapu dalam blog aku ini ......ermm first sekali aku nak tulis ape dalm artikal ni dulu yer....entah ler bermacam aku lalui dalam bulan ini.....aku tension ,aku gembira ,aku jadi gila dan macam-macam la........but itu semua dugaan kepada aku.....hidup mesti diteruskan ........dugaan 2 tanda Allah sayang kat aku ...walaupun aku kadang-kadang lupa kat dia.....hinanya aku memunpang di bumi Allah ini ......tapi aku tak dapt lari dari semua itu terima lah kalau itu yang terbaik selagi tak lari dari ketentuan Allah .....saper hebat dia menang.....dunia sekarng siape lemah di hina ,siape kuat disanjung.........ah lupa kan perkara itu...bnyak lagi aku nak tulis tapi idea ni mcm dah merapu jer......
Untuk kedua nyer aku dah .....macam dah berkenan kat seseorang......tapi lupakan dahulu habis belajar dulu ...tapi mak kata ok jer....mak only the person that understand me ...hahahah.....mak ikut je pilihan hati .....tapi rasa mcm lama jer nak abis study padahal sem depan dah nak habis...kenape la dihujung-hujung nak habis belajr ini pelbagi dugaan ....syaitan ni membisikan pelbagi cabaran kat kau ....bende2 pelik jer lak 2...jahat sungguh syaitan ini..patuta la dok dalm neraka ........
Ayah dan ibu .....engkaula ratu hati ku.....mak n ayah terima kasih sebab memahami nak mu ini yang banyak kerenah .....akan ku cuba capai ape yang aku termampu .....doa mu mengiringi aku...doakan anak mu menjadi nak yang soleh dan berguna .....amin.
Untuk terakhir nya aku sebenarnya nak tulis pasal aku nak exam ....padahal dah berape kali dah exam mesti jadi macam ni takut nyer banyak sangt .....ape la aku ni ....tak pela aku just nak kurangkan strees je ...dgn aku merapu ni dapt gak aku hilangkan tension2 .

Sabtu, 11 April 2009

Galian, kekayaan wajib digali oleh Muslimin

Fahri Abdullah al-Masri

Dalam sepotong hadis ada disebutkan tentang kekuatan ekonomi yang jatuh ke tangan orang-orang yang jahat. Sebenarnya, inilah antara sebab kenapa umat Islam di seluruh dunia tertindas, semakin lemah kekuatan politik dan ekonominya. Apabila orang Islam semakin lemah politik dan ekonominya, secara tidak langsung lemahlah kebudayaan dan bahasanya.

Daripada Ibnu Omar r.a berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah s.a.w sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata:

"Hai Rasulullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita." Lalu, Nabi s.a.w menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat." [Hadis riwayat al-Baihaqi.] --- [Hadis ke-26]

Menurut keterangan ringkas daripada Ustaz Fahmi Zam Zam..

"Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w sejak lima belas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu petanda hampirnya hari kiamat."

Kalau kita melihat situsi hari ini, galian emas banyak wujud di Amerika Syarikat. Itu suatu contoh. Namun, dalam sudut lain pula, Tuhan memberikan galian minyak yang banyak terhadap negara Islam. Ternyata yang mengendalikan urusan galian itu adalah orang bukan Islam pula. Contoh ini ada dalam negara kita sendiri.

Harta adalah sejenis kekuatan dan ia merupakan salah satu sendi kekuatan agama. Maka hendaklah setiap Muslim, Muslimah selalu berikhtiar untuk mencari kekuatan ekonomi peribadi, menyusun ekonomi keluarga sekali gus membentuk daya ekonomi umatnya. Apabila harta ini jatuh ke tangan lelaki yang soleh, maka separuh daripada masalah dunia akan selesai.

Perang-perang di Afghanistan, Iraq yang dicipta oleh Amerika Syarikat telah menelan belanja trilionan, berlaksa-laksa dan hal ini tidak mungkin terjadi jika harta itu jatuh ke tangan orang-orang yang beriman.

Harta yang baik di tangan lelaki yang baik
"Wahai 'Amru, alangkah baiknya harta yang soleh di tangan orang yang soleh." (Riwayat Ahmad)

Merujuk hadis di atas, ada empat keadaan yang berkaitan dengan harta dan manusia yang memeliharanya. Pertamanya, insan yang baik dan dia memegang duit yang baik. Kedua, insan yang baik, tapi dia memegang duit yang haram.

Ketiga, orang yang jahat dan memegang duit, harta yang baik. Keempat, orang yang jahat dan menyelia wang, harta haram. Paling baik, menurut hadis di atas ialah lelaki yang baik dan beliau menjaga harta yang baik. Sementara, keadaan yang buruk ialah apabila ada lelaki jahat yang menyelenggarakan wang, harta yang haram.

Sebenarnya wang yang halal atau wang daripada sumber yang tidak baik, akan disalurkan kepada tujuan yang baik juga jika wang, harta itu jatuh ke tangan lelaki yang baik.

Manakala di tangan orang yang jahat pula, wang haram atau harta yang baik sekali pun tetaplah dipergunakan pada tujuan yang salah. Kesimpulannya, wang tidak boleh dipersalahkan kerana ia tidak boleh dipertanggungjawabkan ke arah manakah ia dipergunakan.

Yang boleh membuat keputusan ke arah mana duit halal atau haram itu dibelanjakan ialah manusia yang menyelenggarakan wang itu tadi. Baik manusia itu, maka baiklah kepenggunaan wang itu. Demikianlah sebaliknya.

"Apabila kamu diberi sesuatu tanpa kamu minta, maka pergunakanlah (makanlah) dan sedekahkanlah sebahagiannya." (Muslim)

Hukuman ke atas mereka yang tidak menggunakan harta ke arah yang betul memang mengazabkan dan menyakitkan. Kita pernah terdengar kisah bagaimana kaum-kaum dan umat terdahulu yang dihancurkan Tuhan oleh kerana mereka menyalahgunakan harta milik peribadi pada jalan yang salah.

Apabila negara itu menggunakan wang-wangnya untuk membangunkan pelacuran sebagai suatu industri perniagaan, menjadikan arak sebagai barang dagangan, maka kehancuran menimpa negara dan kaum itu. Demikianlah peristiwa yang ditulis di dalam al-Quran. Namun, umat Muhammad ini diberikan penangguhan melalui doa Rasulullah s.a.w sendiri.

"Mereka yang mengumpulkan harta dengan tidak benar, maka Allah akan memusnahkannya dengan air dan tanah." (Riwayat Al-Baihaqi)

Melalui air dan tanah, Tuhan akan menghukum mereka yang tidak menggunakan harta dengan baik, betul dan benar. Qarun di zaman Nabi Musa a.s misalnya telah dihukum Tuhan dengan menenggelamkannya bersama para pengikutnya di dalam tanah.

Malah, Fir'aun yang menggunakan harta kekayaannya secara tidak benar, menindas hamba di muka bumi ini telah mati lemas di Lautan Merah. Bani Israel diperhambakan untuk membangunkan pembinaan piramid, dan mereka tidak diberikan upah gaji. Ini adalah salah satu contoh pengendalian harta yang tidak betul.

Kaum buruh dan para pekerja itu sepatutnya diberi upah dan gaji. Tetapi, Fir'aun sebaliknya memperhambakan mereka.

Apabila harta-harta (emas, minyak dan lain-lain) yang digali dari tanah itu tidak dimanfaatkan dengan baik, maka tanah dan air itu nanti akan bertindak.

Apakah kejadian tanah runtuh, banjir yang kerap berlaku itu terkait dengan salahguna wang yang tentunya berkaitan juga dengan salahguna kuasa?

Di Amerika Syarikat, kerap kita dengar berita dan kejadian ribut, puting beliung dan banjir yang terjadi besar-besaran di sana. Kita boleh menanggapi hal ini sekadar bencana alam yang tiada kaitan dengan dosa pemimpinnya.

Tapi bila kita melihat banyak kejahatan yang bermuara dari negara itu dan kuasa dunia itu mencetak sejarah perang demi perang berterusan, maka terfikir juga bahawa ada rasionalnya ribut taufan, tanah runtuh serta banjir teruk menghempap mereka. Walaupun ada pihak menyatakan bahawa kejadian itu cuma sekadar bencana alam dan bukannya hukuman Tuhan.

Perang memerlukan dana yang banyak. Dan, Amerika menyalahgunakan wang untuk perang! Negara itu juga telah 'berkempen' dengan memaksa anak-anak mudanya menyertai pasukan tentera untuk dikirim ke medan perang di Iraq, Vietnam sebelum ini tanpa kerelaan mereka.

Amerika dengan segala galian minyaknya, galian emas dan sebagainya telah digunakan untuk memerangi umat Islam sendiri. Maka, demikianlah akibat bagi mereka yang menggunakan wang, harta dan segala galian di bumi dengan tujuan yang salah._